awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA9 rampas 110 kambing Boer seludup di Pasir Mas

Bernama
Bernama
09/08/2021
05:05 MYT
PGA9 rampas 110 kambing Boer seludup di Pasir Mas
Difahamkan, kambing baka Boer itu bernilai tinggi dan turut mendapat permintaan termasuk dari luar Kelantan. - Gambar hiasan
PASIR MAS: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya merampas 110 ekor kambing baka Boer bernilai RM165,000 yang disyaki diseludup dari Thailand di Lubok Jong, di sini Sabtu lepas.
Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata rampasan dilakukan hasil tindakan pantas sepasukan anggota Strike Force PGA9 ketika rondaan berkala yang mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan berdekatan lampu isyarat menghala ke Tanah Merah pada 11.30 malam.
Beliau berkata lori berkenaan telah memintas kenderaan pasukan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum diekori.
"Tindakan penguat kuasa mengekori lori itu bagaimanapun disedari pemandu lori sebelum dia memberhentikan kenderaan itu di satu kawasan perumahan berhampiran.
"Pemandu lori kemudiannya dilihat turun dari lori dan melarikan diri ke dalam hutan kecil berdekatan dan gagal dikesan kerana keadaan gelap. Pemeriksaan ke atas lori tersebut menemukan 110 ekor kambing baka Boer disyaki diseludup dari negara jiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nor Azizan berkata susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dan kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM295,000 termasuk sebuah lori bernilai RM130,000.
"Kesemua rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk siasatan di bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953," katanya.
Difahamkan, kambing baka Boer itu bernilai tinggi dan turut mendapat permintaan termasuk dari luar Kelantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA9
#kambing
#Boer
#rampas
#seludup
#Nor Azizan Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan