KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melakukan pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik terhadapnya dan lebih 20 pemimpin Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahmad Zahid, 69, berkata apabila BN gagal membentuk kerajaan pada 2018, beliau dan pemimpin lain termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah diheret ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
"Yang Arif, saya sedari bahawa pada 9 Mei 2018, apabila kerajaan di bawah BN telah gagal memperoleh kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, maka gabungan parti lain ambil alih dan dalam bulan Jun (2018) laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat kepada saya," katanya.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal ketika membela diri atas 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana Yayasan Akalbudi (YAB).
Menurut Ahmad Zahid, apabila gabungan baharu PH mengambil alih, pertuduhan terhadap 15 individu di mahkamah telah ditarik balik antaranya Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa, Naib Presiden PKR ketika itu Rafizi Ramli dan beberapa individu lain.
"Kalau ini bukan pertuduhan bermotifkan politik, saya tidak tahu apakah lagi istilah lain yang digunakan? Yang dituduh ditarik balik (kes) oleh peguam negara ketika itu, manakala individu dari parti yang kalah diheret ke mahkamah untuk dituduh.
"Apa yang mahu saya sebut di sini ialah keyakinan kami kepada mahkamah yang adil serta sistem perundangan yang betul," kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Ahmad Zahid berkata kertas laporan dalam siasatan sepatutnya mengutamakan untuk menyiasat isu yang merosakkan sistem keadilan dan penguatkuasaan, bukannya dijadikan sebagai satu langkah untuk membalas dendam oleh pemimpin yang mengambil alih kerajaan.
Kepada soalan Ahmad Zaidi sama ada beliau diugut secara halus atau kasar contohnya oleh perdana menteri dan timbalan perdana menteri berhubung kes YAB, Ahmad Zahid berkata:
"Tidak spesifik diugut perkara yang berhubung kait dengan YAB tetapi ugutan pada jawatan yang saya pegang dalam parti apabila saya jalankan tugas sebagai Presiden UMNO".
"Seorang yang telah jadi perdana menteri ketika itu iaitu Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) menyatakan beliau mahu jumpa saya dan ugutan yang dibuat jika saya tidak keluar parti dan membubarkan UMNO, sesuatu akan dilakukan kepada saya, tentulah pertuduhan yang dibuat kepada saya ekoran daripada ugutan itu," katanya.
Katanya Dr Mahathir mengakui di dalam beberapa media bahawa beliau memintanya (Ahmad Zahid) keluar parti dan membubarkan UMNO dan pengakuan tersebut merupakan bukti yang kukuh.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 2 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
Ahmad Zahid berkata apabila BN gagal membentuk kerajaan pada 2018, beliau dan pemimpin lain telah diheret ke mahkamah atas kesalahan jenayah.- Gambar fail
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
[TERKINI] Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
'Sejak bila pemimpin Melayu tak boleh bercakap kepentingan Melayu, Islam?' - Muhyiddin
Pemimpin di blok kerajaan yang mengeluarkan kenyataan jahat dan mengapikan sentimen perkauman tidak pula dikenakan tindakan.
Azmin dakwa PH-BN lakukan pendakwaan terpilih
Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kepimpinan tertinggi kerajaan Pakatan Harapan (PH)-BN menggunakan institusi kerajaan untuk melakukan pendakwaan terpilih.
PAU2022: 'Kita menuntut Najib diberikan keadilan di mahkamah'
Ahmad Zahid mendakwa, sedari awal, UMNO percaya Najib berdepan pendakwaan politik dan terpilih.
Pembelaan dakwa kes rasuah VLN Zahid Hamidi pendakwaan terpilih, tiada prima facie
Pihak pembelaan mendakwa 40 pertuduhan menerima suapan membabitkan Visa Luar Negara (VLN) yang dihadapi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas menunjukkan wujud pendakwaan terpilih.
PH lakukan pendakwaan terpilih terhadap saya, lebih 20 pemimpin BN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan di Mahkamah Tinggi bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melakukan pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik terhadapnya.
Rasuah: Kerajaan janji tidak lindungi sesiapa, tiada pendakwaan terpilih - PM
Memandang serius isu rasuah, beliau turut menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang pendakwaan terpilih ketika ini.
'Kenapa ramai pemimpin UMNO diheret ke mahkamah?' - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata, tindakan yang diambiil SPRM terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bermotifkan politik dan satu pendakwaan terpilih.