KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata komitmen itu diberi syarikat tersebut dalam satu sesi pertemuan bersama KKM hari ini bagi mendengar pencerahan mengenai kedudukan semasa syarikat berkenaan serta perancangan dalam memastikan bekalan ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti kesihatan itu tidak terjejas.
Perjumpaan itu turut membabitkan wakil syarikat Pharmaniaga bersama wakil Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) dan Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA).
"MOPI dan PhAMA akan turut memberi kerjasama penuh bagi memastikan rantaian bekalan ubat dan bukan ubat tidak mengalami gangguan.
"Perjumpaan ini turut menjelaskan dakwaan bahawa Pharmaniaga telah menangguhkan pembayaran kepada syarikat farmaseutikal dan syarikat peranti perubatan (prinsipal) yang terlibat dalam mengeluarkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Zaliha berkata KKM memandang serius isu yang disiarkan dalam media elektronik dan media cetak berhubung status Nota Amalan 17 (PN17) Pharmaniaga yang dikhuatiri memberi kesan ke atas pembekalan ubat dan bukan ubat serta keupayaannya melunaskan bayaran kepada syarikat farmaseutikal dan syarikat peranti perubatan yang bernaung di bawahnya.
Beliau turut menegaskan bahawa KKM akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat berada di tahap optimum ke arah menjamin kehidupan sejahtera masyarakat Malaysia MADANI.
Media sbelum ini melaporkan bahawa Pharmaniaga mencatat kerugian bersih sebanyak RM607.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 berbanding keuntungan bersih RM172.15 juta pada tahun sebelumnya dengan peruntukan RM552 juta bagi "pergerakan stok vaksin COVID-19 yang perlahan" sehingga mendorong syarikat itu di bawah kategori PN17.
--BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023

Komitmen itu diberi syarikat tersebut dalam satu sesi pertemuan bersama KKM hari ini bagi mendengar pencerahan mengenai kedudukan semasa syarikat berkenaan. - Gambar fail/ Bernama

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

Bekalan ubat di klinik, hospital di Johor mencukupi
Bekalan ubat di hospital dan klinik kerajaan di Johor masih mencukupi bagi menampung keperluan pesakit pada ketika ini.

KKM terima jaminan bekalan ubat akan meningkat bulan depan
Kementerian Kesihatan menerima jaminan daripada syarikat pengeluar bahawa bekalan ubat dijangka mula meningkat apabila negara mengimport lebih banyak bahan farmaseutikal aktif bermula bulan depan.

KKM lepaskan stok penimbal tangani kekurangan bekalan ubat di fasiliti swasta - Khairy
Ini memandangkan bekalan ubat-ubatan semakin berkurangan, terutama bekalan ubat batuk dan selesema untuk kegunaan kanak-kanak.

Bekalan ubat terkawal, rakyat dinasihat tidak panik - Dr Noor Azmi
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak serius, malah hanya melibatkan jenama tertentu.

Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang
Ia dikatakan berpunca daripada peningkatan pembelian sebagai persediaan untuk mengurangkan kesan sampingan.

COVID-19: Bekalan ubat di HRPB tidak terputus sepenuhnya
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengatasi masalah gangguan bekalan itu.

Tiga jenis ubat boleh diguna rawat COVID-19 - KP Kesihatan
Semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Henti ambil ubat darah tinggi yang ditarik balik - Dr Lee Boon Chye
Pesakit yang sudah mengambil ubat tersebut bagi merawat tekanan darah tinggi tidak perlu panik dan segera memulangkannya untuk mendapatkan bekalan ubat yang baharu.

Kementerian Kesihatan kaji mekanisme kawalan harga ubat
Usaha itu diambil berikutan harga ubat-ubatan dalam pasaran kian meningkat setiap tahun dan dikhuatiri menjejaskan kebolehmampuan penjagaan kesihatan untuk rakyat.