awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Kim Pan Gon merajuk?

Astro Arena
Astro Arena
25/01/2024
23:30 MYT
Piala Asia: Kim Pan Gon merajuk?
Kim Pan Gon, mengingatkan sesetengah pihak agar mengenang semula perjalanan Harimau Malaya sejak dia mengambil-alih 2022, bukan menilai prestasinya semata-mata dalam Piala Asia 2023.
KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, mengingatkan sesetengah pihak agar mengenang semula perjalanan Harimau Malaya sejak dia mengambil-alih 2022, bukan menilai prestasinya semata-mata dalam Piala Asia 2023.
Dalam sidang media selepas bertemu Korea Selatan malam tadi, pengendali itu menuntut kritikan yang lebih adil berikutan kegagalan mereka mencatat sebarang kemenangan untuk terkandas awal dalam Kumpulan E.
"Selepas 42 tahun menanti untuk layak, pemain Malaysia tidak pernah melalui tekanan dalam kejohanan indah seperti ini dan kami harus menikmatinya serta kami bertekad kembali ke sini.
"Korea layak kancah ini dalam masa 32 tahun, selepas 16 tahun barulah mereka memenangi perlawanan pertama di tempat sendiri dan 24 tahun pula di tempat lawan.
"Tetapi selepas 42 tahun (berusaha untuk layak), anda pula menuntut kemenangan dan pusingan 16.
"Kita perlu berikan masa, berikan sokongan kepada pemain dan bina asas yang mantap untuk kembali. Ia sangat mustahak.
"Dalam dua tahun terakhir, kami berikan anda keputusan dan persembahan mantap. Kami meledak gol dalam setiap perlawanan.
"Saya tahu anda tunggu kegagalan saya. Saya sentiasa bersedia, tiada masalah. Semalam anda mahu saya dipecat," katanya. - Stadium Astro
Keputusan, jadual dan berita terkini Piala Asia Qatar 2023 di sini
Topic Berkaitan
#Piala Asia 2023
#harimau Malaya
#Kim Pan Gon merajuk
#Malaysia lawan Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan