KUALA LUMPUR: Piala Dunia FIFA 2022 yang bakal berlangsung di Qatar akan menggunakan peralatan pengesanan sinaran yang dibangunkan Malaysia bagi memastikan keselamatan dan sekuriti nuklear global semasa acara sukan bola sepak paling berprestij itu berlangsung.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan semalam memaklumkan perkara itu merupakan antara yang dicapai menerusi Partnership Agreement on the Establishment of a Loaner Pool for Radiation Detection Equipment (Loaner Pool) yang telah ditandatangani oleh Jabatan Tenaga Atom bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 25 Sept 2020.
Kenyataan itu menyebut di bawah inisiatif Loaner Pool, Malaysia menerima penempatan dan menguruskan peralatan pengesanan sinaran bernilai RM3,078,634 yang boleh digunakan untuk aktiviti keselamatan dan sekuriti nuklear dalam negara.
"... termasuk untuk tujuan pembangunan keupayaan apabila peralatan tersebut tidak digunakan oleh mana-mana negara anggota IAEA serta untuk perkongsian amalan terbaik dengan pihak berkepentingan dalam negara dan antarabangsa.
"Tahun ini, peralatan yang diuruskan di bawah Loaner Pool Malaysia akan digunakan untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022," menurut kenyataan itu.
Menurut MOSTI, peralatan serupa juga digunakan sebelum ini dalam melaksanakan langkah sekuriti nuklear semasa acara awam besar di Malaysia seperti Sambutan Hari Kebangsaan, Sukan SEA, Sukan Para ASEAN dan Sukan Malaysia.
Kenyataan itu turut memaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba pada 17 Okt lepas telah mengadakan pertemuan dengan lapan pakar IAEA yang turut dihadiri wakil daripada Jabatan Tenaga Atom, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara serta Agensi Pengurusan Bencana Negara.
"Pakar luar jemputan IAEA dari Amerika Syarikat, Pakistan, Perancis, Sepanyol, United Kingdom dan Vietnam ini berada di Malaysia selama 10 hari dari 11 hingga 21 Okt 2022 bagi menghadiri Misi Pakar Perkhidmatan Sekuriti Nuklear Antarabangsa (INSServ).
"INSServ bertujuan membantu Malaysia mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan dalam melaksanakan regim kawalan sekuriti nuklear secara berkesan dan lestari yang memfokus kepada kaedah pencegahan dan pengesanan kejadian sekuriti nuklear yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Tahun ini, peralatan yang diuruskan di bawah Loaner Pool Malaysia akan digunakan untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022. - Gambar fail/REUTERS

Sukan SEA: Pemilihan atlet agak terhad - PABM
Situasi itu berpunca selepas ketiadaan atlet berpotensi dari Terengganu dan Perlis susulan isu doping.

Majlis Eropah kritik Denmark kerana beri ruang Paludan lakukan provokasi bakar al-Quran
Ucapan kebencian di Denmark memperoleh manfaat hasil "perlindungan polis" di bawah "nama kebebasan bersuara," menurut laporan terbaharu suruhanjaya anti-perkauman Majlis Eropah ECRI.

Lebih 50,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Kanada
Menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada, virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada.

MetMalaysia | Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok.

Defisit Kepercayaan | IPT perlu ubah struktur pengajaran & pembelajaran
Bagi meningkatkan defisit kepercayaan pelajar ke menara gading, institusi pengajian tinggi perlu berani mengubah struktur pengajaran dan pembelajaran.

Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023
Pelaksanaan program SHWP 2023 yang berlangsung sepanjang bulan ini, juga berkonsepkan mesra rakyat dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Banduan lari dari Pusat Koreksional Jasin berjaya ditangkap
Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Piala Dunia FIFA Qatar 2022 guna peralatan pengesanan sinaran dibangunkan Malaysia
Peralatan bernilai RM3,078,634 itu boleh digunakan untuk aktiviti keselamatan dan sekuriti nuklear dalam negara.

Keuntungan Piala Dunia Qatar 2022 dijangka cecah AS$17 bilion
Keuntungan daripada Piala Dunia di Qatar dijangka mencecah sekitar AS$17 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Piala Dunia FIFA 2022, Nasser Al Khater.

FIFA, AFC tangguhkan kelayakan Piala Dunia rantau Asia
Ia melibatkan kalendar perlawanan antarabangsa dari 23 hingga 31 Mac dan dari 1 hingga 9 Jun, 2020.