awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICK: Keberkesanan susun atur, pengurusan ProtectHealth galak penyertaan swasta

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/08/2021
10:04 MYT
PICK: Keberkesanan susun atur, pengurusan ProtectHealth galak penyertaan swasta
Hospital Penawar terlibat dengan dua PPV Mega di Johor termasuk di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (PERSADA), selain PPV berskala kecil menerusi klinik-klinik swasta - Gambar/ Ihsan Dr Adnan
KUALA LUMPUR: Klinik perubatan am swasta (GP) dan hospital swasta komited untuk memastikan jalinan awam-swasta diperkukuhkan dalam usaha membantu negara mencapai imuniti kelompok, sekali gus menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Pengarah Kumpulan Perubatan Penawar, Dr Mohd Adnan Sulaiman berkata, keberkesanan susun atur dan pengurusan program berkenaan menggalakkan lebih banyak pihak swasta untuk berdaftar sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth).
ProtectHealth adalah syarikat di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang dilantik sebagai pelaksana pembabitan pengamal perubatan swasta dalam PICK.
"Pertama kali apabila Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli menelefon saya menjemput menyertai (program PICK), saya begitu teruja untuk menyertainya demi rakyat.
"Saya sahut pelawaan itu walaupun ketika itu kami tidak bersedia, dan terus membuat persediaan.
"Untuk kami (Hospital Penawar), tidak banyak persiapan yang perlu dilakukan kerana 'lay out' infrastruktur dan sistem sangat mudah. Mana-mana pengamal perubatan swasta atau hospital swasta yang terlibat dalam program imunisasi tidak berdepan kesusahan (masalah)," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, setakat ini Hospital Penawar terlibat dengan dua PPV Mega di Johor termasuk di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (PERSADA), selain PPV berskala kecil menerusi klinik-klinik swasta.
Jelas beliau, sejak menyertai PICK pada Februari lalu, dianggarkan sebanyak 75,000 dos vaksin telah diberikan.
"Pada pendapat saya, lebih ramai pengamal perubatan swasta perlu diseru menyertai PICK," ujarnya.
Sehingga 5 Ogos, terdapat lebih 2,000 PPV melibatkan pengamal perubatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan diselaraskan di bawah ProtectHealth.
BACA: Lebih 150 PPV, ProtectHealth pergiat vaksinasi di Johor
BACA: COVID-19: ProtectHealth galak lebih banyak fasiliti perubatan swasta sertai PICK
Di Johor, lebih 150 PPV GP dan hospital swasta telah berdaftar di bawah ProtectHealth.
Setakat Jumaat, sebanyak 23,608,290 dos vaksin COVID-19 diberikan menerusi PICK.
Daripada jumlah itu, seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama, manakala 8,258,110 lagi menerima dos kedua.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#imuniti kelompok
#Jalinan awam-swasta
#Vaksinasi Malaysia
#ProtectHealth
#Hospital Penawar
#PICK
#Covid-19 Malaysia
#berita hari ini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan