awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICK Remaja: KPM tunggu dan lihat kes ibu bapa tak benarkan anak divaksin - Radzi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
20/09/2021
06:09 MYT
PICK Remaja: KPM tunggu dan lihat kes ibu bapa tak benarkan anak divaksin - Radzi
Jelas Radzi, apabila data dan maklumat yang didapati sudah mencukup, maka Kementerian akan memperincikan langkah yang dirasakan bersesuaian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat, sekiranya sudah ada kes melibatkan keengganan ibu bapa atau penjaga, untuk membenarkan jagaan mereka menerima vaksin COVID-19.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk Kementerian membuat sebarang ketetapan, memandangkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK Remaja) baru saja bermula 8 September lepas.
Jelasnya lagi, apabila data dan maklumat yang didapati sudah mencukup, maka Kementerian akan memperincikan langkah yang dirasakan bersesuaian.
“Sebenarnya PICK Remaja masih baru lagi, Kalau nak melihat perkembangan PICK remaja, ia baru saja mula di seluruh negara. Jadi sebelum membuat sebarang ketetapan kita perlu melihat penerimaannya.
“Selepas PICK Remaja berlangsung ke satu tempoh, kita dapat mellihat penerimaan ibu bapa dan selepas itu kita akan perincikan apa langkah terbaik,” katanya kepada pemberita.
KPM pastikan PICK Remaja lancar
Beliau berkata demikian selepas selesai membuat lawatan Program Vaksinasi Back To School di SMK Desa Tun Hussein Onn, bersama-sama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan PICK Remaja berlangsung secara serentak di enam negeri/wilayah hari ini, iaitu – Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perlis, dan Pahang.
Tiga negeri yang sudah pun memulakan program berkenaan sebelum ini ialah – Sarawak pada 8 September, Labuan (11 Sept), dan Sabah (16 Sept).
Topic Berkaitan
#PICK Remaja
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Kementerian Pendidikan
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan