KUALA LUMPUR: Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta yang masih beroperasi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, ibu bapa yang berhasrat untuk memberi vaksinasi kepada kanak-kanak baru mencapai 5 tahun dinasihatkan mendaftar dan membuat janji temu melalui aplikasi MySejahtera.
"Malah ibu bapa juga boleh membuat janji temu secara terus di klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Seperti yang dimaklumkian sebelum ini, bermula 1 Jun 2022 hingga 31 Januari 2023, PICKids hanya akan menawarkan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun pada taua selepas 31 Mei 2022 melalui klinik kesihatan atau klinik swasta yang masih beroperasi sebagai PPV," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Selain itu, Dr Rose Nani memberitahu, seramai 132,225 atau 32.1 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun di Sabah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Manakala menurutnya, 76,192 atau 18.5 peratus kanak-kanak telah melengkapkan dua dos vaksin.
Data daripada JKNS itu direkodkan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dimulakan di negeri itu sejak 3 Februari hingga 31 Mei 2022.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata bayaran akan dikenakan bagi suntikan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak selepas PICKids ditamatkan pada 15 Mei ini.
Bagaimanapun, tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids dilanjutkan dari 15 Mei kepada 31 Mei depan.
Bagaimanapun, keputusan menetapkan tarikh akhir pendaftaran dan tempahan janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera pada 8 Mei dikekalkan dan tempahan janji temu tidak akan lagi diterima selepas tarikh tersebut.
Astro Awani
Thu Jun 02 2022

Bagaimanapun, tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids dilanjutkan dari 15 Mei kepada 31 Mei depan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

10 Berita Pilihan - (26 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Thailand batalkan prasyarat COVID-19 untuk pelancong asing
Thailand membatalkan prasyarat COVID-19 yang mewajibkan pelancong asing mempamerkan bukti vaksinasi COVID-19 berkuat kuasa serta-merta.

COVID-19: Pengembara dari China perlu lengkap vaksinasi sebelum berlepas ke Sabah
Kerajaan negeri Sabah menetapkan pengembara yang berlepas dari China perlu lengkap vaksinasi COVID-19 mengikut kriteria negara asal masing-masing sebelum memasuki negeri ini, berkuat kuasa 8 Jan.

Djokovic mungkin terlepas peluang sertai kejohanan Indian Wells dan Miami Open Masters
Ia selepas pihak berkuasa pengembaraan Amerika Syarikat (AS) mengenakan syarat bukti vaksinasi COVID-19 kepada warga asing.

Lubnan lancar kempen vaksinasi untuk tangani taun
Wabak taun yang berlaku ketika ini mencerminkan kemerosotan ekonomi dan akses yang lemah kepada air bersih dan perkhidmatan sanitasi.

Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak
Bulan lepas, tiga kanak-kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.

Pelaksanaan vaksinasi Moderna Bivalent/Spikevax lebih awal di Singapura
"Ada manfaat memberikan suntikan lebih awal memandangkan jangkitan semakin meningkat disebabkan subvarian XBB Omicron."

Terbuka AS: Nadal akui sedih Djokovic tidak ambil bahagian
Djokovic tidak membuat perjalanan ke New York kerana pelawat ke AS dikehendaki mempamerkan bukti vaksinasi COVID-19.

Terbuka AS: Djokovic umum tidak akan beraksi ekoran status vaksinasi
Novak Djokovic pada Khamis berkata beliau tidak dapat beraksi di Terbuka AS, yang bakal membuka tirainya pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).

COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini
Sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian terperinci.

Suntikan vaksin COVID-19 kekal syarat wajib untuk pas pekerja, jangka panjang di Singapura
Suntikan vaksin COVID-19 akan kekal menjadi syarat kelulusan bagi permohonan baharu pas jangka panjang dan pas kerja di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu.