KUANTAN: Tiga negeri merekodkan kurang 10 peratus kadar suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) iaitu Sabah, Terengganu dan Kelantan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata antara sebab jumlah pendaftaran bagi program itu masih rendah adalah kerana ibu bapa mengambil sikap tunggu dan lihat selain bimbang dengan kesan sampingan vaksin berkenaan terhadap anak mereka.
"Kita harap ibu bapa segera beri kebenaran untuk anak mereka dapatkan vaksin dan usaha meningkatkan bilangan kanak-kanak untuk menerima vaksin sedang giat dijalankan," katanya pada sidang media selepas meninjau PICKids di Sekolah Kebangsaan Wira di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus.
Dr Noor Azmi berkata hanya 58 kanak-kanak dilaporkan mengalami kesan sampingan selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19 menerusi PICKids setakat Rabu lepas.
PICKids menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menerima vaksin COVID-19 dan sebanyak 708,187 individu atau 19.9 peratus populasi itu telah menerima dos pertama vaksin mereka setakat Khamis.
Selain itu, beliau memaklumkan bagi kanak-kanak Orang Asli di Pahang, program 'outreach' telah dilaksanakan sebagai langkah membantu mereka mendapatkan vaksin COVID-19.
"Anak Orang Asli tidak terpinggir daripada menerima suntikan, saya dimaklumkan lebih 700 kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Lipis telah menerima suntikan vaksin pada minggu lepas, dan Pahang mempunyai 18 pasukan outreach untuk digerakkan ke lokasi-lokasi di pedalaman," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Azmi berkata siasatan masih dijalankan susulan dakwaan berlaku kecuaian di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kelantan ketika Muhammad Hilman Firdaus, bayi lelaki berusia dua bulan mendapatkan rawatan sehingga menyebabkan kematian.
Pada Khamis, media melaporkan keluarga bayi itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Dr Noor Azmi memberi suntikan vaksin kepada Che Wan Dhabit Hazim yang ditemani ibunya, Mazlin Zainal Abidin (berdiri, kiri) pada PICKids di Sekolah Kebangsaan Wira, Kuantan 25 Feb 2022. --fotoBERNAMA
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
PRU15: Noor Azmi beri bayangan tanding Bebas jika tidak dicalonkan PN
Noor Azmi sedia dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai, namun, keputusan akhir terletak pada PN.
Warga emas digesa ambil vaksin influenza, elak risiko tidak diingini
Pencegahan influenza turut tersenarai sebagai salah satu tabiat gaya hidup yang disyorkan untuk warga emas.
KKM kesan tujuh kematian babitkan jangkitan malaria sejak Januari
Enam kes dilaporkan daripada jangkitan malaria zoonotik manakala satu kes membabitkan malaria manusia jangkitan tempatan.
Harap Ahli Parlimen sokong akta baharu kawalan tembakau - Dr Noor Azmi
Draf akta baharu itu sudah dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk kelulusan sebelum RUU berkenaan boleh dibentangkan ke Parlimen.
Cacar monyet: Pintu sempadan negara tidak akan ditutup - Dr Noor Azmi
KKM akan meningkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa terutama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Jangan bawa anak kecil ke bazar Ramadan elak jangkitan COVID-19
Kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak.
412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi
Kesemua PPV tambahan itu diwujudkan dengan mengambil peluang sempena cuti sekolah yang bermula sejak 26 Feb lepas.
PICKids: Tiga negeri catat kadar kurang 10 peratus suntikan vaksin COVID-19
Antara sebab ia masih rendah adalah kerana ibu bapa mengambil sikap tunggu dan lihat selain bimbang dengan kesan sampingan.
KKM segerakan pembaikan klinik kesihatan terjejas banjir - Timbalan Menteri
Keutamaan KKM adalah memastikan perkhidmatan kesihatan di kawasan terjejas dapat bersambung semula secepat mungkin.
KKM dalam usaha beri penempatan doktor kontrak di fasiliti KKM - Dr Noor Azmi
Wujudkan jawatankuasa khas untuk membincangkan mengenai pindaan undang-undang berhubung Akta Perubatan, Akta Pergigian dan Akta Farmasi.