awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa agama perlu gubal garis panduan syariah penggunaan AI

Bernama
Bernama
09/09/2025
21:00 MYT
Pihak berkuasa agama perlu gubal garis panduan syariah penggunaan AI
Mohd Na'im berkata, teknologi mesti dimanfaatkan sebagai medan dakwah, tarbiah dan pengukuhan iman, bukan sekadar sebagai pemacu ekonomi. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Pihak berkuasa agama digesa menggubal garis panduan syariah bagi penggunaan kecerdasan buatan (AI), selain memperkukuh kesedaran digital umat Islam dengan kefahaman agama yang mantap.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata teknologi mesti dimanfaatkan sebagai medan dakwah, tarbiah dan pengukuhan iman, bukan sekadar sebagai pemacu ekonomi.
"Antara cabaran utama AI ialah isu etika penggunaan data, krisis identiti akibat manipulasi suara dan wajah serta penyebaran maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat, termasuk berkaitan ajaran Islam.
"Jika tidak dikawal, teknologi ini boleh menjadi alat yang meruntuhkan kepercayaan, bukannya mengukuhkan," katanya ketika merasmikan International Conference on Human Sciences and Civilisations (i-CONSCIENCE 2025) anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di sini pada Selasa.
Persidangan dwitahunan itu diadakan buat kali ketiga selepas kejayaan penganjurannya pada 2020 dan 2023, yang menghimpunkan lebih 180 sarjana, penyelidik dan peserta dari dalam dan luar negara bagi membincangkan isu berkaitan teknologi, nilai kemanusiaan, cabaran etika, budaya dan masyarakat dalam era AI.
Mohd Na'im berkata umat Islam perlu menghadapi cabaran era AI dengan bijaksana, berpandukan nilai agama dan kesedaran digital secara komprehensif.
Beliau berkata Garis Panduan Kandungan Berunsur Islam Dalam Media Baharu yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan langkah penting bagi memastikan kandungan media digital selaras dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Menurutnya Islam merupakan agama ilmu, dan umatnya bukan sahaja perlu menjadi pengguna teknologi, bahkan pencipta dan peneraju dalam bidang sains, bioteknologi dan AI berteraskan nilai agama serta kemanusiaan.
Sementara itu, Naib Canselor UMPSA Prof Dr Yatimah Alias berkata bidang Sains Kemanusiaan tidak boleh dipinggirkan dalam arus Revolusi Perindustrian 4.0 kerana ia penting bagi memastikan AI dan teknologi digital berkembang seiring nilai, etika serta identiti budaya.
"Untuk membina masa depan yang mampan dan inklusif, kita tidak boleh meninggalkan warisan di belakang. Tamadun besar dunia terbina atas landasan pemikiran kukuh dan nilai kemanusiaan sejagat, bukan semata-mata kehebatan teknologi atau ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pihak berkuasa agama
#garis panduan syariah
#AI
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan