Kewujudan sebuah laman web yang mengiklankan perkhidmatan dan jualan barangan, dikesan turut menyelitkan iklan khidmat seks kepada komuniti di negara ini, perlu segera disekat.
Tinjauan Bernama di laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mendapati ia mengandungi puluhan ribu gambar lucah termasuk melibatkan warga tempatan yang dapat diakses dengan mudah.
Menerusi laman web itu, para pengiklan seks didapati memuat naik gambar termasuk gambar bogel dengan pelbagai aksi dipercayai untuk menarik pelanggan serta turut memberi maklumat peribadi termasuk nombor telefon dan alamat e-mel untuk dihubungi.
Berdasarkan maklumat diperoleh daripada Wikipedia, laman web berkenaan mula bertapak di Amerika Syarikat dan dipercayai sudah beroperasi kira-kira 20 tahun. Ia mempunyai lebih 200 juta anggota komuniti di seluruh dunia.
Laman web itu turut menyenaraikan pelbagai kategori pilihan iklan seks seperti wanita mencari wanita, wanita mencari lelaki, lelaki mencari wanita, lelaki mencari lelaki atau percintaan pelbagai jenis.
Seorang pengguna internet yang hanya mahu dikenali sebagai Fariz berkata, dia tidak pernah menjumpai mana-mana laman web yang menawarkan perkhidmatan jual beli barangan yang menyelitkan tawaran perkhidmatan seks termasuk hubungan sejenis.
"Pertama kali saya membuka laman web itu, saya terkejut melihat satu ruangan di laman web tersebut menawarkan perkhidmatan hubungan seks sejenis. Ruangan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada ahli berbanding perkhidmatan lain.
"Lebih mengejutkan, terdapat juga ahli yang sanggup memuat naik gambar lucah dan bogel diri sendiri bagi mempromosikan diri. Perkara ini jarang terdapat di mana-mana laman web di internet," katanya kepada Bernama.
Fariz berkata pekerja seks di laman web itu boleh dihubungi melalui nombor telefon yang ditinggalkan pada iklan yang dilengkapi gambar lucah mereka serta maklumat diri untuk melanggan khidmat mereka.
Katanya kebebasan melayari laman web itu tanpa sekatan dikhuatiri akan menyebabkan kegiatan tidak bermoral semakin berleluasa.
Menurut Fariz, kategori iklan seks dalam laman web berkenaan perlu disekat bagi mengelak anggota masyarakat terutamanya golongan muda terjebak dalam aktiviti tidak sihat itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama berkata, pihak polis akan menyiasat laman web berkenaan dan sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membanteras laman web lucah di negara ini.
"Kami akan bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan operator laman web ini," katanya.
Sementara itu, SKMM dalam kenyataan kepada Bernama berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak pentadbir laman sesawang itu untuk memastikan tiada pengiklanan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang negara disiarkan di laman berkenaan.
"Langkah ini diambil bagi memastikan tidak ada individu yang terjerat dengan aktiviti yang tidak bermoral itu," menurut kenyataan SKMM.
Menurut kenyataan itu, SKMM akan meneliti terlebih dahulu inti pati kandungan laman web antarabangsa itu yang didakwa mengiklankan barangan dan turut mengambil peluang menawarkan khidmat seks di negara ini. -- Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016
Laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mendapati ia mengandungi puluhan ribu gambar lucah termasuk melibatkan warga tempatan yang dapat diakses dengan mudah. - Gambar hiasan
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC juga telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan Internet sedia ada di sekitar pulau tersebut.
PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima
Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
AWANI 7:45 [05/05/2024] – Selesai masalah orang kampung | Kecederaan pemain bola sepak Malaysia | Bapa dan dua anak lemas
Satu kampung, satu pemimpin, PM cadang mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
AWANI Ringkas: Jenayah terhadap atlet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai 'saluran pengganas' dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
OIC digesa lerai ketegangan Asia Barat dicetuskan Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin sejak tujuh dekad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Jauhi hubungan seksual terlarang, penyumbang utama HIV dan AIDS - Khutbah Jumaat
Menurut statistik, penyumbang utama kes jangkitan tidak lagi daripada penggunaan dadah secara suntikan.
Cacar monyet: Ada tanda reda wabak di UK - UKHSA
Walaupun data menunjukkan penurunan kes baharu, orang ramai digesa tidak leka.
Cacar monyet: Pesakit alami gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.
Cacar monyet: Belanda catat 6 kes, Maghribi 3 kes
Sebahagian kes terdiri daripada lelaki yang mengadakan hubungan sejenis.
'Kantoi' dalam kereta lakukan seks sejenis, dua lelaki dibelasah
Tular di media sosial hari ini apabila sepasang lelaki dicekup sekumpulan lelaki selepas didakwa melakukan aktiviti hubungan sejenis dalam sebuah kereta.
Malaysia bertegas tidak benarkan perkahwinan sejenis - Fuziah
Malaysia, sebagai sebuah negara Islam, mempunyai sistem perundangan sendiri yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis di kalangan LGBT.
Kes sebat: Baca dengan mata hati - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, dia sendiri kurang pasti sama ada pihak yang tidak bersetuju itu tahu atau tidak sebat secara syariah.
Kritikan terhadap hukuman sebat hanya sementara - MB Terengganu
Beliau percaya ia bersifat sementara dan mereka akan faham bahawa hukuman yang dikenakan itu adalah untuk mendidik pesalah yang terlibat dalam kegiatan LGBT di negara ini.
Kehadiran orang awam sewaktu sebatan 'pasangan songsang' perlu dilihat semula - Mujahid Rawa
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah seperti yang berlaku di Terengganu pada Isnin perlu dilihat semula.