awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa perlu ada pertimbangan kepada pengusaha bas ekspres

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/06/2018
06:19 MYT
Pihak berkuasa perlu ada pertimbangan kepada pengusaha bas ekspres
Perkhidmatan bas ekspres menjadi pilihan pengangkutan utama orang ramai setiap kali tiba musim perayaan. - Gambar fail
Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) menyambut baik tindakan kerajaan tidak membenarkan bas ekspres beroperasi pada musim perayaan ini jika pengendali dan pemandu kenderaan itu mempunyai saman yang banyak.
Timbalan Presidennya, Tajuddin Mohd Yunus bagaimanapun menjelaskan pelaksanaan langkah julung-julung kali dilakukan itu mungkin memberi kesulitan kepada syarikat-syarikat yang ada jumlah pemandu bas yang ramai.
"Contoh saya mempunyai 70 pemandu bas tidak mengapa lagi. Ada syarikat yang mempunyai beratus-ratus pemandu. Jadi, saya minta pihak berkuasa ada timbang tara untuk memastikan perjalanan berjalan lancar.
"Pemandu bas ekspres ini sudah berubah tahun demi tahun dengan penguatkuasaan SPAD sebelum ini berikutan ada aplikasi GPS yang memantau dan mereka juga menjalani kursus," katanya semasa dihubungi Astro AWANI hari ini.
Jelasnya, sikap sebahagian pemandu bas yang tidak membayar saman tertunggak termasuk melibatkan kes mahkamah menyebabkan pada akhirnya pihak syarikat terpaksa menanggung kos berkenaan.
"Setiap syarikat ini ada pemandunya, contohnya ada syarikat yang ada 3,000 hingga 4,000 bas ekspres dan pemandu ada lebih kurang 8,000 orang. Jadi jumlah itu adalah banyak.
"Pemandu ini pula dia ada pro dan kontranya. Ada pemandu ini dia ada saman dan tidak pergi bayar dan kita tidak tahu, kena pergi mahkamah mereka tidak pergi. Sehinggakan kena waran tangkap mereka tidak dapat dikesan," tambahnya lagi.
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua syarikat bas ekspres mahupun pemandu yang dikesan mempunyai tunggakan saman yang banyak, tidak akan dibenarkan menjalankan operasi atau membawa penumpang pada musim perayaan ini.
Tindakan tegas itu diambil supaya syarikat bas memandang serius isu keselamatan penumpang selain memastikan pemandu lebih berhati-hati di jalan raya.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#kerajaan
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan