awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan, langkah persediaan jana pendapatan baharu
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi tolak pembelaan Najib berkaitan derma politik keluarga diraja Arab Saudi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak industri, majikan digesa beri sokongan gajikan pekerja asing Sri Lanka

Dagang News
Dagang News
21/09/2022
05:24 MYT
Pihak industri, majikan digesa beri sokongan gajikan pekerja asing Sri Lanka
Menurut Saravanan, mana-mana majikan yang telah diberi kelulusan kuota dan telah menyelesaikan bayaran levi boleh merebut peluang itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pihak industri dan majikan digesa untuk memberi sokongan kepada niat murni kerajaan dengan menggajikan pekerja warga asing dari Sri Lanka bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, Kerajaan Sri Lanka telah mengemukakan permohonan rasmi untuk membekalkan tenaga kerja dan memohon kuota sebanyak 10,000 pekerja.
Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 September 2022 telah bersetuju bagi pengambilan 10,000 pekerja warga asing dari Sri Lanka dengan mengambil kira keadaan negara tersebut yang dilanda krisis ekonomi.
"Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu Sri Lanka yang sedang berdepan krisis ekonomi terburuk di negara itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Saravanan, mana-mana majikan yang telah diberi kelulusan kuota dan telah menyelesaikan bayaran levi boleh merebut peluang itu.
"Sehingga 14 September 2022, bayaran levi telah dibuat bagi 416,634 permohonan pekerja warga asing," katanya.
Bagi mana-mana majikan yang berminat, mereka boleh terus menghubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran Kementerian Sumber Manusia (KSM) ([email protected]) atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ([email protected]) untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#M Saravanan
#Sri Lanka
#tenaga kerja
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan