KUALA LUMPUR: Mana-mana kementerian, kerajaan negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak mendapat peruntukan kewangan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Bajet 2022 meskipun telah membuat permohonan, boleh mengemukakan semula permohonan mereka mulai Mac tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui Sistem MyProjek bermula 1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022.
Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan mengedarkan surat pekeliling mengenai perkara berkenaan, katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar bagi Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) di Dewan Rakyat, hari ini.
"Sebagai agensi pusat yang merentasi kesemua kementerian termasuk Kementerian Kewangan, kita (EPU) bertanggungjawab untuk menimbang peruntukan yang dipohon dan sebarang proses penambahbaikan akan dibuat tahun depan.
"Pada masa sekarang, EPU lebih banyak berhubung dengan kementerian-kementerian secara terus.
"Namun, berdasarkan lebih 600 sesi libat urus yang dibuat dalam RMK12, kerajaan negeri, Ahli Parlimen dan ADUN juga mahu melibatkan diri dengan lebih intensif," katanya.
Mustapa berkata sejak RMK10, kerajaan telah mula menimbang sebarang pelan setiap tahun atau secara rancangan boleh pinda yang lebih anjal dan fleksibel, berbanding kaedah menetapkan satu jumlah tetap untuk setiap lima tahun, seperti yang dilakukan sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau berkata permohonan itu juga akan mengambil kira kemampuan kerajaan melalui Kementerian Kewangan untuk melaksanakan sebarang perancangan.
"Dalam keadaan COVID-19 ini, kerajaan juga menghadapi kekangan kewangan. Banyak permohonan kita terima. Jadi, dalam semangat Keluarga Malaysia, penting untuk berkompromi, dan negeri lebih berada membantu negeri yang kurang berada," katanya.
Menjawab persoalan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam syarikat, Mustapa menegaskan pegangan sebanyak 17.2 peratus oleh bumiputera setakat 2019 sukar ditingkatkan.
"Ia mencabar kerana ada kecenderungan untuk bumiputera menjual aset mereka kepada bukan bumiputera, dan keduanya masalah struktur di mana ada dasar yang membenarkan milikan 100 peratus dalam bidang pembuatan oleh bukan bumiputera dan pelabur asing.
"Sehubungan itu, kerajaan bercadang untuk meminda Akta Syarikat dan yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menghendaki pemilik saham mengisytiharkan pemegang saham terakhir," kata beliau.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata bagi agenda membanteras kemiskinan tegar, EPU akan memulakan projek rintis secara bersepadu dengan memilih dua kawasan di setiap negeri di Semenanjung dan empat atau lima kawasan di Sabah dan Sarawak.
"Projek secara 'one-off' atau sekali sahaja selama dua tahun ini akan mengumpulkan semua pihak termasuk jabatan kerajaan, universiti, pertubuhan bukan kerajaan dan majlis agama Islam untuk membantu menjana pendapatan golongan itu," katanya sambil memaklumkan ia akan bermula tahun depan.
Beliau berkata kerajaan juga akan melancarkan data berpusat iaitu Pusat Data Perlindungan Sosial yang akan mempunyai data penerima bantuan, sekali gus menjadi rujukan kepada semua pihak untuk menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Katanya, semua usaha ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam RMK12 untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2025 tanpa mengira kaum.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui Sistem MyProjek bermula 1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022. - Gambar fail/Jabatan Penerangan
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Air Sabah: Kerajaan negeri ambil langkah awal guna peruntukan sendiri
Shahelmey berkata, keputusan itu diambil bagi membiayai lapan projek bernilai RM182 juta yang diluluskan pada 13 Jun lalu.
Pihak tidak terima peruntukan kewangan RMK12, Bajet 2022 boleh mohon semula mulai Mac 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui Sistem MyProjek bermula 1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022.
Bonus satu bulan gaji buat penjawat awam Johor
Bantuan itu melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM34.78 juta kepada 13,400 kakitangan awam
Mahkamah: Peruntukan kewangan KBS dilulus dalam mesyuarat dihadiri KSU
Mahkamah Sesyen diberitahu sebarang permohonan peruntukan kewangan untuk aktiviti dan program di bawah KBS diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wang Amanah Sukan Negara.