PETALING JAYA: Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) merayu kerajaan menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500.
Presidennya, Datuk Seri Ramli Yusuff berkata, penangguhan perlu dibuat memandangkan banyak syarikat kawalan keselamatan masih belum stabil.
"Kami tidak mempunyai angka tertentu berkenaan gaji minimum yang sepatutnya, namun kami memohon agar ditangguhkan kerana banyak syarikat mengalami masalah untuk membayar engan gaji minimum sekarang iaitu RM1,200.
"Masih banyak syarikat tidak membayar gaji yang sepatutnya dibayar, kita masih dalam keadaan belum stabil," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung khas PIKM, pada Isnin.
Dalam sidang media itu, beliau juga mengemukan beberapa lagi permohonan termasuk menggesa kerajaan membayar semua tunggakan pelarasan perintah gaji minimum sebelum ini, dan tunggakan pembayaran invois perkhidmatan.
Katanya, sehingga Mac 2022, jumlah tunggakan pelarasan perintah gaji minimum ialah RM54 juta dan tunggakan pembayaran invois perkhidmatan (RM190 juta).
Beliau berkata, PIKM juga merayu kerajaan menyegerakan pelarasan harga secara automatik bagi kontrak yang sedang berjalan dan menggunakan mekanisme pengiraan kadar harga yang munasabah bagi perkhidmatan kawalan keselamatan, dan membenarkan PIKM mencadangkan kepada ahlinya harga yang munasabah untuk dirunding dengan pelanggan swasta.
Madiha Abdullah
Mon Apr 18 2022

Ramli berkata, penangguhan perlu dibuat memandangkan banyak syarikat kawalan keselamatan masih belum stabil. - Gambar/ Astro AWANI

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Majikan perlu fahami konsep gaji minimum, jangan ambil mudah - Penganalisis
Kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja mempunyai peranan yang penting dalam pelaksanaannya.

Perdana Menteri kecewa majikan tawar gaji tidak setimpal
Kerajaan giat membangunkan talent pool yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi namun majikan masih menawarkan gaji di bawah paras gaji minimum.

118 majikan dikesan langgar perintah Gaji Minimum
Ia dikenal pasti hasil pemeriksaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia melibatkan 157 aduan terhadap majikan.

Potong faedah pekerja satu penderaan - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, majikan terbabit sepatutnya berunding dengan pekerja sebelum melakukan tindakan sedemikian.

Pengawal keselamatan, pekerja pembersihan sekolah tidak dinaikkan gaji RM1,500 - JPKK
Antara alasan yang diberikan adalah kerana kontrak perjanjian antara kontraktor dengan kerajaan masih berdasarkan gaji minimum yang lama.

Hanya kumpulan usahawan mikro diberi pengecualian gaji minimum
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperincikan bahawa hanya kumpulan usahawan mikro yang diberi pengecualian bagi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sehingga akhir tahun ini.

PMKS dibenar tangguh gaji minimum RM1,500 hingga Disember
Datuk Awang Hashim berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira tahap kewangan majikan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Perintah gaji minimum RM1,500 telah diwartakan
Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan semalam.

Kenaikan dalam gaji minimum akan menjejaskan pemulihan perniagaan - FMM
Menurut FMM, ia mungkin akan mengakibatkan peningkatan kos yang mendadak dan menjejaskan pemulihan perniagaan untuk tahun 2022.

Tiada 'pusingan U', gaji minimum tetap dilaksanakan 1 Mei - PM
Perincian lengkap mengenainya akan diumumkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan tidak lama lagi.