Keringat membasahi dahi, namun Mastura Jimini yang telah mula mengerjakan sawah padi sejak awal pagi, terus membanting tulang.
Hari ini sedikit istimewa, ibu kepada empat anak itu membawa bersama anak sulungnya ke sawah, untuk "berjinak-jinak" dengan aktiviti penanaman padi.
"Selalu orang-orang muda ini kebanyakan berkelulusan tinggi pun tidak ada kerja. Jadi, kalau buat pertanian sebegini mungkin hasil dari padi boleh dijual atau untuk kegunaan sendiri," katanya.
Pernah bekerja di Semenanjung Malaysia untuk beberapa tahun, Mastura, 45 tahun, membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya 10 tahun lalu bagi mengerjakan tanah.
Kerjaya sebagai pesawah jadi pilihan untuk menjana pendapatan, selain dapat menguruskan keluarga dan menjaga anak-anaknya.
"Suami saya bekerja di sektor awam. Dengan menanam padi, saya dapat menambah pendapatan untuk seisi keluarga, selain tidak lagi perlu membeli beras."
"Lagipun beras yang saya tanam lebih sedap kerana saya menanam beras wangi," katanya lagi.
Mastura yang menyewa tapak sawah itu berkata, lazimnya dia dapat membawa pulang hasil padi kira-kira 40 hingga 50 karung, atau lebih kurang RM400 sebulan.
Untuk kegunaan sekeluarga, Mastura selalunya menggunakan dua karung dan katanya, ia boleh bertahan selama empat bulan.
Bayangkan, 40 karung boleh bertahan hingga beberapa tahun!
Hasil yang dituai bukan hanya untuk kegunaan sendiri malah dapat dijual di pasar tamu, sekali gus menambah sumber pendapatan.
Mengakui pesawah padi bukan popular dalam kalangan anak muda, Mastura berharap lebih banyak insentif dan subsidi diberikan bagi mengalakkan penglibatan golongan muda.
"Setakat ini subsidi yang diberi kepada petani-petani sejumlah RM200 tidak mencukupi, selain subsidi racun yang juga diberi.
"Untuk petani kecil-kecilan, kami juga harap dapat bantuan kerajaan untuk kerja-kerja menyewa," katanya.
Malah, melihat kepada situasi kos sara hidup yang tinggi ketika ini, ia menjadi alternatif terbaik khususnya bagi penduduk luar bandar.
Ditanya sama ada Mastura akan membenarkan anaknya mengikuti legasi, ini jawabnya:
"Tidak semestinya kita kerja dengan kerajaan, kita tidak boleh bertani kan? Selagi kita ada tanah kita boleh bertani," jawabnya.
Sang suria makin terik menandakan waktu hampir tengah hari, Mastura berteriak kepada anaknya: "jom balik!"
Tan Su Lin
Thu Apr 19 2018
MASTURA: Dengan menanam padi, saya dapat menambah pendapatan untuk seisi keluarga, selain tidak lagi perlu membeli beras. Astro AWANI / TAN SU LIN
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?