Pilihan raya majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak sesuai kerana ia melibatkan kos pengurusan yang tinggi sedangkan peruntukan itu boleh digunakan untuk projek pembangunan untuk rakyat, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata selain itu, kos-kos tidak langsung bagi mengadakan pilihan raya itu akan membebankan PBT yang kecil yang mengalami defisit perbelanjaan.
"Meskipun pilihan raya kerajaan tempatan diamalkan di beberapa negara luar, namun bilangan pengundi adalah sedikit dan keputusan tidak menggambarkan kehendak sebenar penduduk setempat," katanya ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang meminta alasan kerajaan tidak membenarkan pilihan raya PBT.
Abdul Rahman berkata kepimpinan PBT yang sentiasa berubah juga akan menjejaskan kelancaran pelaksanaan dasar dan program penambahbaikan yang telah digubal di peringkat pusat yang akan memberi kesan negatif kepada rakyat.
Di samping itu, katanya tempoh perkhidmatan yang singkat akan menyebabkan ahli majlis yang dipilih menumpukan perhatian kepada usaha untuk mengekalkan kedudukan masing-masing selain mengabaikan tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya.
"Dengan mengambil kira komposisi kaum yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar adalah dikhuatiri pilihan raya kerajaan tempatan akan menyebabkan pengurusan PBT mempunyai ahli majlis yang dipilih hanya mewakili kepentingan sesuatu kaum sahaja," katanya.
Merujuk kepada PBT di Sabah dan Sarawak yang tidak tertakluk kepada Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960, katanya, undang-undang bagi membolehkan pilihan raya kerajaan tempatan di kedua-dua negeri berkenaan juga perlu diwujudkan.
Menurutnya, jika kedua-dua negeri berkenaan tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya tersebut, maka akan wujud dua sistem kerajaan tempatan yang berbeza di negara ini.
Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.
Bernama
Thu Mar 19 2015
ABDUL RAHMAN: Pilihan Raya Majlis PBT tidak sesuai kerana kos tinggi - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sujud, permintaan terakhir Hassan Azhari
Selepas Allahyarham meminta untuk sujud beliau sudah tidak boleh bercakap dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur keesokan harinya untuk mendapatkan rawatan.
DAP bukan pilihan terbaik tadbir Pulau Pinang - Abdul Rahman
Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat bukan pilihan terbaik untuk mentadbir negeri itu memandangkan parti berkenaan gagal menyelesaikan isu-isu berbangkit sepanjang lapan tahun memerintah.
Sarawak 2016: Barisan Nasional menang dua kerusi tanpa bertanding
Awang Tengah merupakan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan ini merupakan kali kedua beliau menang tanpa bertanding selepas PRN 1996.
Pelbagai pihak tampil bantu cari Nor Azimah - Bapa mangsa
Pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan menjejaki rakyat Malaysia, Nor Azimah Ibrahim yang dilaporkan hilang di Madinah, pada 19 Dis lepas.
"Itukah cara menteri layan rungutan rakyat?" soal blogger
Baru-baru ini, Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin mengritik kenyataan Abdul Rahman yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada rakyat.
Polis pohon lanjutan reman suspek kes kurung kanak-kanak perempuan
Polis akan memohon kepada mahkamah untuk menyambung tempoh reman terhadap seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan.
Terengganu kutip mata penuh selepas menewaskan Pahang 2-0
Terengganu mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Pahang 2-0 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.