awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ditangguhkan

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2021
07:41 MYT
Pilihan Raya Negeri Sarawak ditangguhkan
Penangguhan itu dibuat mengikut peruntukan Seksyen 13 dan Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021. Foto - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ditangguhkan kepada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penangguhan itu dibuat selepas menerima pemakluman rasmi daripada Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Speaker Dewangan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Penangguhan itu dibuat mengikut peruntukan Seksyen 13 dan Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
“Di bawah Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, bagi tempoh darurat berkuat kuasa, peruntukan untuk memanggil, memprorog dan membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak mempunyai kesan,” jelas Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataannya.
Manakala mengadakan PRN ketika tempoh darurat juga tidak mempunyai kesan mengikut Seksyen 13 ordinan yang sama.
Bagaimanapun, pembubaran dan pilihan raya akan ditetapkan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Asfia dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa tempoh DUN Sarawak yang matang hari ini dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#pilihan raya
#PRN
#Sarawak
#Dewan Undangan Negeri
#DUN
#Ikmalrudin Ishak
#Amar Mohamad Asfia Awang Nassar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan