awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pimpinan GRS tentukan kerjasama PRN Sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
12/05/2025
10:42 MYT
Pimpinan GRS tentukan kerjasama PRN Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, GRS tiada halangan untuk bekerjasama dengan PH dan BN memandangkan kerajaan negeri sedia ada juga dibentuk hasil kerjasama GRS-PH Plus. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Cadangan kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan dibawa ke Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS terlebih dahulu.
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri berkata gabungan itu tiada halangan untuk bekerjasama dengan PH dan BN memandangkan kerajaan negeri sedia ada juga dibentuk hasil kerjasama GRS-PH Plus.
"Dalam konteks kerjasama, kita tidak mempunyai masalah kerana kerajaan negeri hari ini adalah GRS-PH Plus. Namun, apa jua keputusan untuk PRN nanti, kita akan rujuk kepada AMT GRS terlebih dahulu,"katanya dalam kenyataan hari ini.
"Saya menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa di Sabah kita perlu melihat aspirasi tempatan bagi mewujudkan persefahaman politik demi kemajuan negeri," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kerjasama antara GRS, PH dan BN sebagai penting untuk menjamin kestabilan politik di peringkat negeri dan pusat.
Anwar yang juga Pengerusi PH ketika dalam lawatan ke Tawau semalam berkata perbincangan mengenai kerjasama antara PH Sabah, BN Sabah dan GRS masih berjalan dan belum dimuktamadkan.
Pada Sabtu lepas, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama mengesahkan kesepakatan antara PH dan BN untuk bekerjasama dalam menghadapi PRN Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#GRS
#parti politik
#Sabah
#Pakatan Harapan
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan