KLANG: Kerajaan telah selesai mengadakan sesi libat urus bersama negeri-negeri berhubung penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang antara lain melibatkan peningkatan hukuman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, libat urus itu penting memandangkan perkara berkaitan agama Islam merupakan hak negeri-negeri berdasarkan perlembagaan.
"Dalam konteks sekarang mahkamah syariah hanya diberi bidang kuasa di bawah jenayah, boleh mengenakan hukuman yang maksimum iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.
"... maknanya undang-undang sedia ada melibatkan kesalahan jenayah syariah seperti menghina agama umpamanya mahkamah tidak boleh mengenakan hukuman lebih dari itu, jadi saya sebagai menteri, kita sedang usahakan untuk menyemak semula akta yang kali terakhir dipinda pada tahun 1984 ini," katanya selepas menghadiri Majlis Iftar Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia, di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Saleh yang mencadangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO supaya membawa usul meningkatkan hukuman terhadap individu yang menghina agama untuk dibentangkan di Parlimen.
Mohd Na'im berkata, undang-undang syariah yang hanya terpakai untuk pesalah beragama Islam sedang diperkasa menerusi pindaan akta itu dan akan dibentangkan usai proses diperlukan.
"Jika ada urusan berkaitan penghinaan agama Islam oleh orang bukan Islam ia terletak di bawah bidang kuasa polis, pendakwaan dan mahkamah sivil.
"(Bagi orang Islam pula) Apa yang disebut oleh Dr Akmal Salleh itu boleh berlaku sekiranya Akta 1965 nanti kita pinda, kemudian barulah negeri-negeri boleh buat pindaan pada enakmen dan akta jenayah syariah masing-masing untuk meningkatkan bidang kuasa hukuman, termasuklah bagi pesalah-pesalah yang menghina agama Islam," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata seramai 14,000 pelajar asnaf dan anak yatim di seluruh negara bakal menerima sumbangan bantuan persekolahan RM252.80 menerusi program Jom Ke Sekolah (JKS) 2024 Yayasan Taqwa-MAIWP berjumlah RM2.1 juta.
Beliau berkata sumbangan berupa beg sekolah, alat tulis dan wang tunai itu bertujuan memberi semangat, kelegaan dan keceriaan selain mengurangkan beban ibu bapa bagi menghadapi musim persekolahan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Mohd Na'im berkata, undang-undang syariah yang hanya terpakai untuk pesalah beragama Islam sedang diperkasa menerusi pindaan terhadap Akta 355 dan akan dibentangkan kemudian. - Gambar fail/BERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Maxis mahu libat urus dengan MCMC, pertimbang pilihan susulan keputusan 5G kedua
Katanya, Maxis telah kemuka cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif kepada MCMC untuk tender rangkaian 5G kedua.
Belanjawan 2025 ambil kira cadangan pelbagai industri, rakyat akar umbi
Johan berkata pihaknya kini dalam proses memuktamadkan ucapan dan langkah belanjawan yang akan diumum Perdana Menteri kelak.
Libat urus input Belanjawan 2025: KPDN fokus tangani kos sara hidup
Ia susulan arahan Perdana Menteri yang mahu setiap kementerian mengadakan sesi libat urus untuk Belanjawan 2025.
Libat urus antara umat Islam dan agama lain penting elak Islamofobia - Anwar
Sesi libat urus antara umat Islam dan yang lain perlu diadakan bagi membolehkan masyarakat memahami antara satu sama lain dan mengelakkan salah faham yang membawa kepada Islamofobia.
Pindaan Perlembagaan berkaitan Orang Asli dijangka dibentang pada 2027
Proses libat urus bersama masyarakat Orang Asli dan badan bukan kerajaan sedang giat dijalankan dan mendapat maklum balas.
Pindaan Akta 355: Kerajaan selesai libat urus bersama negeri - Mohd Na'im
Libat urus itu penting memandangkan perkara berkaitan agama Islam merupakan hak negeri-negeri berdasarkan perlembagaan.
Kabinet laksana sesi libat urus Belanjawan 2024 pertengahan bulan ini - Ahmad Maslan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan barisan jemaah menteri untuk mengadakan sesi libat urus Belanjawan 2024 selama sebulan bermula pertengahan Ogos ini.
12 sesi libat urus tambah baik akta SOSMA dalam tempoh lima bulan - Ramkarpal
Penambaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah melalui 12 sesi libat urus dalam tempoh hanya lima bulan sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk.
KPM, Yayasan Negeri Semalaysia tubuh sekretariat, mantapkan sektor pendidikan di negeri-negeri
Kementerian Pendidikan (KPM) melalui sesi libat urusnya bersama Yayasan-yayasan Negeri SeMalaysia menubuhkan satu Sekretariat Yayasan bagi memastikan pemantapan pendidikan di negeri-negeri.
Wan Junaidi diberi mandat laksana libat urus penyediaan Akta Transformasi Parlimen
Perkara itu melibatkan Akta Suruhanjaya Parlimen, pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen.