awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta Akauntan 1967 masih dalam kajian - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
17/10/2023
12:01 MYT
Pindaan Akta Akauntan 1967 masih dalam kajian - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata kerajaan kini sedang meneliti cadangan pindaan perundangan yang diperlukan bagi menangani isu-isu berbangkit berhubung profesion itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk meminda Akta Akauntan 1967 yang bertujuan menambah baik peraturan profesion perakaunan di Malaysia masih di peringkat kajian dan belum ada keputusan dasar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan kini sedang meneliti cadangan pindaan perundangan yang diperlukan bagi menangani isu-isu berbangkit berhubung profesion itu dan dalam proses mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan.
"Kerajaan memberi komitmen untuk memastikan supaya sebarang cadangan pindaan dan kesannya kepada pihak-pihak berkepentingan diperhalusi melalui proses libat urus bersama pemegang taruh yang terlibat.
"Ini amat penting dalam memastikan sebarang cadangan dasar baharu yang dikemukakan bersifat inklusif, meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan, mengambil kira kehendak serta keperluan untuk profesion perakaunan berkembang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai status terkini usaha pemindaaan Akta Akauntan 1967.
Ahmad berkata antara cadangan yang telah dipertimbangkan dalam meminda akta berkenaan ialah untuk membahagikan akauntan kepada tiga iaitu akauntan peringkat lanjutan, akauntan peringkat pertengahan dan juruteknik akaun.
"... ini semua antara isu-isu yang sedang kita teliti dan isu-isu lain peraturan dan pengawasan, kualiti pendidikan dan kebimbangan etika kerana MIA (Institut Akauntan Malaysia) boleh ambil tindakan tatatertib kepada ahli sahaja," katanya.
Pada 17 Okt lepas, Ahmad dilaporkan berkata pindaan Akta Akauntan 1967, mungkin dibentang pada sesi pertama Parlimen tahun depan dan Kementerian Kewangan menyokong usaha MIA untuk memperkukuh kuasa kawal selia bagi melaksanakan mandatnya sebagai pengawal selia profesion itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Akta Akauntan 1967
#Dewan Rakyat
#keputusan dasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan