KUCHING: Pindaan kepada Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 akan dibawa ke sesi Parlimen pada Julai depan bagi membolehkan FAMA mengurus pemasaran komoditi ternakan tertentu.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ronald Kiandee berkata melalui pindaan akta itu, FAMA akan memainkan peranan dalam pengedaran komoditi ternakan serta menstabilkan rantaian bekalan.
"Pada masa ini tiada agensi khusus yang berfungsi dalam menjalankan aktiviti pemasaran ternakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Semarak Syawal peringkat kebangsaan di Medan Niaga Satok di sini, hari ini.
Beliau berkata dengan pindaan itu FAMA juga akan berperanan dalam memastikan bekalan makanan serta rantaian bekalan di pasaran tidak terganggu.
FAMA merupakan agensi dibawah MAFI yang diberi kuasa di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (Akta 141) bagi menyelia, menyelaras, mengawal selia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia kecuali bagi produk nanas, getah, kelapa sawit, padi, beras, tembakau dan koko.
Sementara itu Ketua Pengarah FAMA berkata program Semarak Syawal diadakan serentak di seluruh pasar-pasar tani di Malaysia mulai hari ini sehingga 2 Mei.
"Tahun ini usahawan di bawah FAMA seperti Agrobazaar, kedai rakyat dan sebagainya juga turut serta dalam program ini bagi memberikan peluang kepada pengguna mendapatkan bekalan sepanjang Aidilfitri," katanya.
MAFI dalam kenyataannya memaklumkan sejumlah 15,391 usahawan dengan 797 outlet yang disediakan akan mendapat manfaat melalui program Semarak Syawal itu dengan sasaran nilai jualan berjumlah RM25 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022
Melalui pindaan akta itu, FAMA akan memainkan peranan dalam pengedaran komoditi ternakan serta menstabilkan rantaian bekalan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Pindaan Akta FAMA pada sesi Parlimen Julai - Ronald Kiandee
Pindaan kepada Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 akan dibawa ke sesi Parlimen pada Julai depan bagi membolehkan FAMA mengurus pemasaran komoditi ternakan tertentu.