KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini dalam proses akhir membuat pindaan pada Akta Kanak-kanak 2001 dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata selain menambah baik akta, pindaan itu juga selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak yang telah dikuatkuasakan sejak 1 Sept tahun lepas.
"Pada masa ini, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak masih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, jadi perlu dipinda dari segi struktur dan pembahagian tugas selain melihat kepada undang-undang yang lain dan dibawa ke Parlimen.
"Mungkin ada pembaharuan, banyak perkara yang perlu disusun atur pada tahun ini dan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak akan berdiri di atas kaki sendiri pada 2026," katanya selepas Majlis Ibadah Korban di Surau Saidina Umar di Bandar Baru Samariang di sini hari ini.
Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Wanita MCA Wong You Fong semalam agar KPWKM mengkaji semula dan mengukuhkan Akta Kanak-kanak serta perundangan yang berkaitan untuk memastikan perlindungan menyeluruh untuk kanak-kanak di bawah umur.
Beliau berkata pindaan terbabit dibuat bukan atas gesaan mana-mana pihak, namun disebabkan banyak kejadian berlaku melibatkan kanak-kanak, pihaknya perlu menambah peraturan yang menyeluruh termasuk taska.
"Perkara ini dalam proses draf, pada masa yang sama apabila berlaku sesuatu menyebabkan kami terpaksa menambahkan lagi undang-undang pindaan itu," katanya.
Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ditubuhkan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin meruncing berlandaskan kepada lima teras utama iaitu pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian ke dalam masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2024
Menurut Nancy, selain menambah baik akta, pindaan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dikuat kuasa sejak 1 Sept tahun lepas. - Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
MITI sedia teliti pindaan Akta 525 bagi memperkasa industri REE
Langkah pindaan oleh NRES ini adalah penting bagi memastikan perundangan berkaitan mineral adalah terkini dan relevan.
Cuti kesihatan mental perlu dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 - Pakar
Seorang pakar sumber manusia mencadangkan supaya cuti kesihatan mental mandatori, atau cuti tekanan perlu dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 yang akan datang.
Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti, dipersetujui secara dwipartisan - Azalina
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang bersedia mengusulkan pindaan terhadap akta itu, sepertimana dinyatakan Perdana Menteri Jumaat lepas.
UNICEF gesa pindaan untuk lindungi saksi kanak-kanak dalam sistem kehakiman Malaysia disokong
Usaha memastikan mangsa-mangsa yang muda boleh memberikan bukti terbaik mereka tanpa rasa takut atau dalam tekanan yang tidak sepatutnya.
Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion
Dewan Rakyat dimaklumkan jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM2.65 bilion sejak 2022 hingga Jun tahun ini.
Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada
Konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk.
Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy
Selain menambah baik akta, pindaan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dikuat kuasa sejak 1 Sept tahun lepas.
Akta Komunikasi & Multimedia 1998: Nilai denda antara yang diteliti - Fahmi
Ketika ini denda yang ditetapkan tidak berubah sejak akta berkenaan diwujudkan pada 1998.
Denda Ahli Parlimen langgar peraturan dicadang naik kepada RM10,000
Mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar peraturan terutama mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa sesi sidang Parlimen bakal boleh dikenakan denda maksimum RM10,000.
Pindaan akta wujudkan kesatuan sekerja matang, progresif - Saravanan
Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.