awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan dilaporkan hilang di perairan Kuala Terengganu

Bernama
Bernama
25/06/2025
15:00 MYT
Nelayan dilaporkan hilang di perairan Kuala Terengganu
Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kuala Terengganu, petang semalam. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kuala Terengganu, petang semalam.
Pengarah Maritim Terengganu Kapten Maritim Hamiludin Che Awang berkata berdasarkan laporan, Mohd Noor Abdullah, 54, keluar bersendirian ke Jeti Tok Jembal, kira-kira 2 petang.
Beliau berkata bagaimanapun setakat petang tadi, mangsa yang menaiki bot fiber berwarna hijau dan merah masih belum pulang.
"Setelah menerima laporan pada 3 petang tadi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) menggunakan bot Penggalang.
"Pencarian turut dibantu nelayan dengan tertumpu di sekitar Pulau Bidong dan Pulau Yu, yang menjadi lokasi kebiasaan mangsa ketika turun ke laut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Hamiludin meminta komuniti maritim yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pihak berkuasa dengan segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#hilang
#Kuala Terengganu
#Mohd Noor Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami