KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 harus dilihat dari aspek manfaatnya bukan sahaja pada pekerja, tetapi juga terhadap perkembangan ekonomi negara.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, banyak terma akan diperbaiki dan ditambah baik apabila akta ini dilaksanakan, sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang menarik bagi rakan perdagangan dan pelabur asing.
"Dari sudut pekerja, objektifnya ialah untuk meningkat dan menambah baik tahap perlindungan dan kebajikan golongan pekerja.
"Dalam masa yang sama, akta ini akan membantu memastikan undang-undang buruh negara selari dengan undang-undang antarabangsa. Dalam hal perjanjian perdagangan, ia akan memudahkan negara kita merundingkan perjanjian kerana perkara ini kebiasaannya mengambil kira standard minimum perburuhan sebagai salah satu terma perjanjian.
"Dengan pindaan akta ini, banyak terma yang diperbaiki untuk kebaikan pekerja dan ini akan menarik pelabur, meningkatkan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan," katanya ketika muncul dalam program Pantau Kerajaan Baharu, pada Jumaat.
Tegasnya, majikan seharusnya mengalu-alukan pindaan ini bagi menarik pekerja menyertai syarikat mereka, sekaligus membantu mengurangkan pengangguran dalam negara.
Mohd Effendy juga melihat kerajaan boleh memikirkan inisiatif membantu pengusaha kecil dan sederhana, namun ia dilakukan selepas akta berkenaan sudah dilaksanakan.
"Kita tidak boleh buat sesuatu yang berbeza kerana akan berlaku diskriminasi antara pekerja. Sekarang pun sudah berlaku (diskriminasi) apabila dilaksanakan gaji minima, ada yang dapat RM1,200, ada RM1,500, sedangkan mereka berada di kawasan sama.
"Ini mewujudkan diskriminasi di mana ia tidak konsisten dan ia tidak baik untuk pandangan pelabur luar tentang bagaimana kita laksanakan undang-undang dalam negara.
"Kita sudah lalui pandemik selama dua tahun di mana pengusaha kecil dan sederhana dibantu kerajaan dengan subisidi upah bagi membolehkan mereka bertahan.
"Kita mempunyai kerajaan yang prihatin, apabila akta ini dilaksanakan nanti baru kita dapat lihat adakah pengusaha ini perlu dibantu, perlukah ada inisiatif tertentu, semua itu boleh dibuat selepas akta dilaksanakan," ujarnya.
Rabu lalu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar memaklumkan Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023.
Madiha Abdullah
Fri Dec 23 2022
Banyak terma akan diperbaiki apabila akta ini dilaksanakan, sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang menarik bagi rakan perdagangan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Akta Kerja 1955 benarkan pekerja mohon aturan kerja anjal - SIM
Pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.
Perbincangan selaraskan Ordinan Buruh Sarawak di peringkat akhir - Steven Sim
Perbincangan untuk menyelaraskan Ordinan Buruh Sarawak dengan Akta Kerja 1955 kini di peringkat akhir, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kes sebegini.
JTKS keluar 1,660 kertas siasatan berkaitan Akta Kerja 1955, Akta 446 dan PGM 2022
Selangor mencatat jumlah kertas siasatan tertinggi dengan 306 kes, diikuti Johor dengan 294 kertas siasatan dan Perak 220 kertas siasatan.
Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Waktu kerja fleksibel: Bukan paksaan tapi galakan - Sivakumar
Tiada sebarang paksaan terhadap majikan untuk melaksanakan waktu kerja fleksibel selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang akan dilaksanakan.
Gagal patuhi tempoh bayaran gaji pekerja, AIROD didenda RM66,000
Mahkamah Majistret mendenda AIROD Sdn Bhd sebanyak RM66,000 selepas syarikat itu mengaku bersalah atas 44 pertuduhan gagal mematuhi tempoh pembayaran gaji pekerja.
Tangguh pelaksanaan Akta Kerja, majikan perlukan masa selesaikan isu kekurangan pekerja - Saravanan
Penangguhan pelaksanaan Akta Kerja dari 1 Sept depan kepada 1 Jan 2023 bertujuan memberi ruang kepada majikan untuk menyelesaikan isu berkaitan kekurangan tenaga buruh.
Kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu dapat kelulusan JTKSM mulai 1 Sept - Saravanan
Kemasukan pekerja asing profesional atau bukan profesional ke negara ini perlu mendapat kelulusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mulai 1 September depan.
Pekerja boleh buat pemohonan AKF untuk bekerja secara fleksibel - Awang Hashim
Permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.