awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta OKU dimuktamadkan menjelang Jun - Nancy

Bernama
Bernama
08/01/2023
06:39 MYT
Pindaan Akta OKU dimuktamadkan menjelang Jun - Nancy
Nancy dan Ras Adiba menyertai program larian '27th Annual Charity Walk-Jog-Wheel-Athon' Anjuran Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 dijangka dimuktamadkan menjelang Jun ini dengan memberi fokus kepada aspek pemerkasaan dan penguatkuasaan bagi menjaga hak golongan itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pindaan perlu dilakukan kerana ramai yang menganggap akta sedia ada tidak mencukupi selain penguatkuasaan yang lemah.
Beliau memberikan contoh kemudahan parkir khas untuk OKU terutamanya di kompleks beli-belah sering disalah guna oleh orang awam kerana tiada pihak yang memastikan penguatkuasaan undang-undang di bawah akta berkenaan.
"Pihak kementerian sedang bincang agar ada (aspek) penguatkuasaan dalam pindaan itu, kita perlukan akta yang lebih kuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 27th Annual Charity Walk-Jog-Wheel-A-Thon di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Sementara itu, dalam ucapannya Nancy berkata kementerian berharap dapat meningkatkan pendaftaran OKU di negara ini untuk perancangan program dan inisiatif yang lebih berkesan.
Nancy berkata sehingga Dis 2022, terdapat sebanyak 633,653 OKU berdaftar dalam pangkalan data.
Beliau turut menyeru semua peserta dalam acara larian itu agar membantu kementerian dalam meningkatkan kesedaran dan menggesa setiap OKU agar mendaftarkan diri mereka.
Menurut Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan seramai 1,580 individu termasuk 200 OKU menyertai acara hari ini yang memasuki edisi ke-27 selepas berehat dua tahun akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#akta oku
#Nancy Shukri
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#Ras Adiba Radzi
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan