KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan pindaan terhadap 29 fasal dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi memberikan kaedah baharu dalam usaha kerajaan menangani penyalahgunaan dadah.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia akan dilakukan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.
Beliau berkata pindaan terhadap akta sedia ada itu dibuat bagi memberi peluang kepada golongan penagih menawarkan diri untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela.
"Pindaan kelak juga akan memberi kuasa kepada pegawai pemulihan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap individu yang ingin mendapatkan rawatan dadah secara sukarela. Sebelum ini, hanya pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mempunyai kuasa berkenaan.
"Jika pindaan ini diluluskan ia akan memudahkan usaha Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memulihkan golongan penagih tanpa perlu menempuhi banyak kerenah birokrasi dan lebih efektif," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Anti Dadah Kebangsaan Khairul Anwar Bachok.
Saifuddin Nasution berkata kerajaan mempunyai harapan besar untuk melihat individu terlibat dengan dadah dapat dipulihkan, seterusnya memberi sumbangan kepada negara.
Menurutnya golongan muda yang berusia 19 hingga 39 tahun merupakan golongan terbesar terlibat dengan dadah iaitu sekitar 90,000 orang, manakala 40 tahun ke atas sekitar 50,000 orang.
"Jika kumpulan ini tidak diuruskan dengan baik, ia akan memberi kerugian besar kepada negara," katanya menambah akta berkenaan diharap mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen apabila ia dibentangkan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Sambutan Peringatan Hari Antidadah dan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Akta Penagih Dadah dipinda, kurangkan kesesakan di penjara
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata langkah itu akan dibuat dalam masa terdekat.