awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Perlembagaan berkaitan Orang Asli dijangka dibentang pada 2027

Bernama
Bernama
22/06/2024
12:39 MYT
Pindaan Perlembagaan berkaitan Orang Asli dijangka dibentang pada 2027
Ramli berkata, proses libat urus bersama masyarakat Orang Asli dan badan bukan kerajaan sedang giat dijalankan dan mendapat maklum balas. - Gambar fail
SEREMBAN: Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kepentingan masyarakat Orang Asli dijangka dibentang di Parlimen selewat-lewatnya pada 2027.
Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Nor berkata setakat ini, proses libat urus bersama masyarakat Orang Asli dan badan bukan kerajaan sedang giat dijalankan dan mendapat maklum balas yang positif.
Beliau berkata libat urus pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi kepentingan masyarakat Orang Asli setakat ini dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang Barat, Perak dan Kedah.
"Selepas selesai semua libat urus, perkara ini akan di bawa kepada Perdana Menteri dan seterusnya, paling lewat (dibentangkan di Parlimen) sebelum penggal ke-15 ini tamat," katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Perdana Batin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) serta Penyerahan Inisiatif Geran JPKKOA Negeri Sembilan di sini hari ini.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan itu akan melibatkan dua perkara.
"Dalam pindaan ini dicadangkan tanggungjawab menjaga Orang Asli diletakkan dalam jadual bersama iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri kena jaga sebab banyak isu seperti tanah, perhutanan dan kebajikan Orang Asli.
"Kita juga melihat Perkara 153 iaitu kepentingan masyarakat dan bumiputera peribumi Sabah dan Sarawak namun tidak dimasukkan Orang Asli, jadi saya cadangkan untuk pindaan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pindaan perlembagaan
#Orang Asli
#libat urus
#Parlimen
#Ramli Mohd Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan