KUALA LUMPUR: Pakej gaji yang menarik bukan menjadi pertimbangan utama bagi pekerja Malaysia sama ada untuk kekal atau memilih berpindah ke organisasi baharu, kata kaji selidik penyedia perkhidmatan pengambilan pekerja.
Sebaliknya, Panduan Gaji Hays Asia 2024 yang meninjau 2,014 profesional mahir dan 832 majikan dari Malaysia mendapati, keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Berkenaan pekerja yang memilih untuk kekal dengan majikan semasa mereka, kaji selidik itu mendapati, pilihan kerja yang fleksibel muncul sebagai keutamaan sebulat suara, malah melebihi pertimbangan gaji.
"Di kalangan pekerja yang komited, keseimbangan antara kerja dan kehidupan yang baik di samping pengalaman yang sesuai dengan pengurus dan rakan sekerja masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga," menurut Hays.
Tinjauan itu, yang dijalankan sepanjang enam minggu pada akhir 2023, meminta pekerja yang mencari peluang baharu dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk menyenaraikan tiga sebab utama mereka mahu meninggalkan tempat pekerjaan semasa mereka.
Sementara itu, menurut Hays, hanya 28 peratus pekerja di Malaysia yang ditinjuau secara jelas memilih untuk kekal berkhidmat di syarikat di mana mereka bekerja sekarang bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Berdasarkan Panduan Gaji Hays Asia 2024 itu, 42 peratus responden mempunyai hasrat untuk berpindah ke organisasi baharu manakala 24% lagi kategori pekerja setia tetapi tetap terbuka kepada peluang kerja di tempat baharu.
Kaji selidik itu menunjukkan Malaysia berada di kedudukan kedua daripada enam negara yang ditinjau dari segi peratusan terendah pekerja yang memilih untuk kekal setia.
Paling sedikit peratus pekerja yang kekal mahu setia adalah Jepun dengan 28 peratus manakala China tertinggi dengan 48 peratus.
“Persekitaran kerja yang sihat, nilai-nilai positif dan peranan yang cukup mencabar akan sangat membantu ke arah memenangi hati pekerja di Malaysia,” kata laporan itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Hays Asia, Marc Burrage berkata, pemimpin perlu mengadakan perbincangan ini dengan tenaga kerja mereka, dan pekerja perlu meneliti bagaimana mereka boleh meningkatkan nilai mereka.
"Kerjasama adalah kunci kepada kelangsungan hidup, dan kedua-dua pihak perlu menghadapi cabaran ini dengan fikiran terbuka dan kesediaan untuk menyesuaikan diri,” tambah Burrage.
Panduan Gaji Hays Asia 2024 menyusun gambaran keseluruhan gaji dan sektor berdasarkan data sebenar dan tinjauan profesional mahir di seluruh Malaysia, China, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Thailand. - Dagang News
Amanz
Wed Apr 17 2024
Keinginan untuk mencari cabaran baharu adalah sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia. - Gambar hiasan
KPDN rampas cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata serbuan dilakukan hasil aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar serta risikan awal pihak KPDN.
[TERKINI] Suspek langgar pelajar sekolah mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa menetapkan 30 hari untuk perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar tingkatan lima, Disember tahun lalu.
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.