awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pinjaman perumahan tanpa faedah untuk penjawat awam Melaka jika kewangan mengizinkan

Bernama
Bernama
03/03/2014
07:12 MYT
Pinjaman perumahan tanpa faedah untuk penjawat awam Melaka jika kewangan mengizinkan
Melaka bersedia melaksanakan skim pinjaman perumahan tanpa faedah bagi penjawat awam di negeri ini jika kedudukan kewangan kerajaan negeri mengizinkan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Namun, kerajaan negeri perlu mengkaji dengan mendalam kemampuan kewangannya sebelum melaksanakan skim itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, Isnin.
Cadangan pelaksanaan skim itu dikemukakan Mohd Khalil semasa berucap merasmikan persidangan itu, bagi membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah mampu milik di negeri itu.
Pada 13 Feb lepas, Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac lepas, dengan memansuhkan faedah empat peratus pinjaman itu sebelum ini.
Idris berkata dalam melaksanakan skim itu, Melaka tidak boleh dibandingkan dengan Johor kerana Melaka mempunyai sumber kewangan agak terhad berikutan keluasan negeri yang kecil dan tidak banyak sumber semulajadi.
"Jika hasil kita terutamanya pelancongan dan pelaburan bertambah, saya rasa kita tiada masalah untuk kita laksanakan (skim itu) tetapi saya ingatkan, kewangan negeri kita perlu seimbang," katanya.
Ditanya mengenai satu lagi cadangan Mohd Khalil supaya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditambah terutamanya di kawasan pinggir bandar di negeri ini, beliau berkata cadangan itu sedang dilaksanakan kerajaan negeri.
"Setakat ini, ada enam (KR1M) dengan setiap satu di kawasan Parlimen... kita sedang berusaha mengadakan KR1M skala sederhana di setiap 28 DUN negeri ini," katanya.
Idris juga berkata kerajaan negeri akan mengkaji cadangan orang ramai untuk memindahkan KR1M dari Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk lebih tinggi.
BERNAMA dalam laporan khas pada 5 Feb lepas menyuarakan padangan pengguna Melaka supaya jualan produk 1Malaysia diperluas hingga ke kedai runcit kecil di luar bandar selain menempatkan lebih banyak KR1M di luar bandar dan memindahkan KR1M dari Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka dalam usaha menangani peningkatan kos sara hidup masa kini.
Topic Berkaitan
#beli rumah
#Melaka
#penjawat awam
#pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan