KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Rapid KL untuk menyerahkan laporan siasatan awal berhubung insiden sebuah pintu tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang terbuka ketika beroperasi Isnin lalu, dalam tempoh tujuh hari atau sebelum 2 Ogos ini.
Sementara laporan siasatan penuh berserta dokumen sokongan perlu diserahkan dalam tempoh 21 hari atau pada 16 Ogos.
Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tindakan lanjut ke atas pengendali berlesen perkhidmatan kereta api tersebut akan diputuskan selepas pihaknya meneliti laporan lengkap tersebut.
"Berdasarkan siasatan awal kejadian itu berpunca daripada sistem Door Close Confirmation Unit (DCCU) yang gagal berfungsi secara normal.
"Namun demikian adalah terlalu awal untuk menyatakan punca sebenar adalah kerana kegagalan DCCU kerana ia juga boleh dikaitkan dengan penyelenggaraan dan juga prosedur operasi standard (SOP) pengendalian tren," katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Facebook beliau pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ka Siong turut memaklumkan, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga akan membuka kertas siasatan untuk siasatan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Menurutnya, siasatan di bawah Akta 715 itu adalah bagi menyiasat aspek keselamatan merupakan suatu keutamaan dan syarat di bawah lesen pengendali perkhidmatan kereta api.
"Semua pengendali pengangkutan awam darat serta mana-mana orang yang terlibat di dalam perkhidmatan kereta api hendaklah menitikberatkan aspek keselamatan dalam pengendalian perkhidmatan masing-masing," ujarnya.
BACA: Pintu tren LRT terbuka: Rapid KL mohon maaf
Menurutnya lagi, pihak APAD telah mengambil tindakan serta merta dengan membuat siasatan dan telah mengarahkan pihak Rapid Rail selaku operator untuk membuat siasatan rapi mengenai insiden ini termasuk memberi laporan Rekod Penyelenggaraan Tren 44.
Siasatan itu, tegas beliau, perlu dilakukan bagi tindakan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan insiden yang sama tidak berulang terhadap mana-mana perkhidmatan kereta api di bawah seliaan mereka.
Beliau juga menegaskan, Kementerian Pengangkutan dan APAD kesal dengan insiden itu dan tidak akan akan bertoleransi dengan sebarang elemen kecuaian.
"Mereka yang gagal mematuhi aspek keselamatan boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada," jelasnya.
Dalam insiden itu, pintu tren LRT Tren 44 laluan Kelana Jaya itu terbuka dengan sendiri ketika beroperasi kira-kira pukul 3 petang, Isnin lalu.
Sebelum ini, pada 24 Mei lalu, sebuah tren LRT yang rosak bertembung dengan sebuah tren lain yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC di laluan Kelana Jaya.
Dalam kejadian itu, seramai 47 penumpang cedera parah termasuk tiga dalam keadaan kritikal, sementara 166 lagi mengalami cedera ringan.
Umavathi Ramayah
Wed Jul 28 2021
Wee Ka Siong memberitahu, adalah terlalu awal untuk menyatakan punca sebenar adalah kerana kegagalan DCCU kerana ia juga boleh dikaitkan dengan penyelenggaraan. - Gambar fail BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
PRN: Sekolah siap sedia dijadikan pusat pengundian - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sekolah yang bakal dijadikan pusat pengundian di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berada dalam keadaan siap siaga.