awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
Lebih 17 juta rakyat Afghanistan terima kad pengenalan elektronik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: 10 lelaki ditangkap main judi, proses air ketum

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2020
02:47 MYT
PKP: 10 lelaki ditangkap main judi, proses air ketum
Polis menahan semua suspek untuk siasatan lanjut. Gambar Astro AWANI.
Ketika majoriti rakyat Malaysia memilih untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi keselamatan semua pihak, masih ada segelintir meneruskan aktiviti jenayah tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.
Terbaharu, seramai lapan lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun, ditahan kerana berjudi di sebuah dewan di pangsapuri di Seksyen 24 Shah Alam, manakala dua lagi ditahan di sebuah unit perumahan itu kerana memproses air ketum, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol, berkata pasukan yang menjalankan rondaan Op COVID-19 menerima aduan sekumpulan lelaki berkumpul di kawasan itu sebelum membuat pemeriksaan.
“Ketika polis tiba, kita dapati lapan lelaki sedang leka berjudi menggunakan daun terup di sebuah dewan di pangsapuri berkenaan.
“Selepas siasatan lanjut, kita kemudian memeriksa sebuah unit kediaman dan menemui dua lelaki di dalamnya memiliki beberapa botol rendaman air daun ketum.
“Susulan itu, pasukan polis memeriksa sebuah unit rumah kosong yang terletak berhampiran sebelum menemui empat bungkus plastik besar penuh dengan daun ketum kering dan peralatan memasak,” katanya di sini.
Beliau berkata, polis percaya unit terbabit dijadikan pusat memproses air ketum yang dijual dengan harga RM20 sebotol.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Racun 1952.
Topic Berkaitan
#akta racun
#akta rumah judi terbuka
#judi
#ketum
#pangsapuri
#PKP
#polis
#Ramsay Anak Embol
#seksyen 24
#shah alam
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan