KUALA LUMPUR:Bantuan pindahan tunai seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) perlu diteruskan dan diberikan dengan segera bagi membantu isi rumah miskin dan terjejas akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.
Penyelidik Bersekutu Khazanah Research Insititute, Adam Manaf Mohamed Firouz berkata bantuan kewangan tersebut dilihat merupakan bantuan yang paling berkesan sewaktu pelaksanaan PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu.
“Bagi saya, kaedah ini paling fleksibel bagi setiap isi rumah kerana memenuhi keperluan asas masing-masing.
“Kajian UNICEF (Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) di Projek Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur mendapati skim BPN ialah bantuan yang paling membantu sepanjang tahun lepas.
“Oleh itu, saya sarankan supaya bantuan tunai seperti ini haruslah diteruskan,” katanya dalam temu bual bersama Niaga AWANI pada Isnin.
Bagaimanapun, Adam berkata, bantuan pindahan tunai yang disalurkan kepada rakyat yang terjejas agak kecil dan perlu ditingkatkan.
BACA: PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
“Bantuan tunai secara sendirinya tidak mencukupi. Misalnya, kajian UNICEF yang sama mendapati ramai responden lebih lebih suka jika bantuan disalurkan lebih lestari supaya tidak perlu hanya bergantung kepada bantuan tunai.
“Oleh itu, bantuan lain juga diperlukan khususnya bantuan kepada syarikat dan majikan seperti Program Subsidi Upah (PSU) yang diperkenalkan tahun lalu.
“Program seperti itu akan mengurangkan beban terhadap syarikat yang terjejas dan mereka tidak perlu gulung tikar dan supaya pekerja dapat berpegang pada pekerjaan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata sebanyak 800,000 isi rumah terdedah kepada kemiskinan mutlak dan sekiranya PKP ketika ini dilanjutkan lebih daripada dua minggu, risikonya jauh lebih besar.
“Memandangkan, hampir 65 peratus pekerja Malaysia bekarja dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), risiko untuk kehilangan pendapatan dan kemiskinan bagi sebanyak 800,000 isi rumah atau lebih adalah sangat besar jika PKP dilanjutkan lebih 2 minggu.
“Tahap kemiskinan bagi mereka yang dalam kemiskinan juga akan bertambah teruk memandangkan mereka tiada simpanan yang cukup untuk memenuhi keperluan asas mereka,” ujarnya.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di enam negeri zon merah untuk tempoh 14 hari mulai 3 hingga 26 Januari, 2021.
Ia melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Sementara itu, di Sibu, Selangau serta Kanowit, Sarawak dan seluruh Kelantan pula, PKP dikuatkuasakan mulai 16 hingga 29 Januari ini.
Isabelle Leong
Mon Jan 18 2021
Penyelidik, Adam Manaf Mohamed Firouz berkata bantuan kewangan tersebut dilihat merupakan bantuan yang paling berkesan tatkala PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu. - Gambar fail
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
PKP 2.0: Bantuan pindahan tunai perlu diterus dan segerakan - Penyelidik
Penyelidik, Adam Manaf Mohamed Firouz berkata bantuan kewangan tersebut dilihat merupakan bantuan yang paling berkesan tatkala PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu.