awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2021
11:11 MYT
PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam
Pemandu Grab akan diberi akses kepada pelitup muka, pensanitasi tangan serta alat-alat pembersihan lain menerusi platform GrabBenefits. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri bermula 13 Januari sehingga 26 Januari depan, syarikat e-hailing Grab menyatakan bahawa perkhidmatannya masih kekal beroperasi pada tempoh itu.
Namun, waktu operasi bagi perkhidmatan GrabFood dan GrabMart telah dihadkan dari 7 pagi hingga 8 malam dalam satu kemas kini menerusi aplikasinya.
Pesanan terakhir menggunakan perkhidmatan tersebut perlu dibuat sebelum jam 7 malam.
“Kami ingin memberi jaminan bahawa perkhidmatan Grab - Food, Mart, Express dan Transport - akan terus beroperasi bagi melayani komuniti di Malaysia,” jelas Grab dalam satu kenyataan.
“Sejak PKP pertama tahun lepas, kami telah mengambil langkah-langkah untuk mempercepatkan adaptasi teknologi digital bagi menjaga kelangsungan hidup komuniti dan akan terus meningkatkan usaha.”
Antara langkah yang diambil adalah untuk memastikan pemandu e-hailing terus mengukuhkan rangkaian penghantaran Grab serta menjamin gaji mereka meskipun permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan mungkin menurun pada tempoh ini.
Selain itu, pemandu e-hailing Grab akan menerima RM1,000 sekiranya meereka didapati positif, atau sejumlah wang sehingga RM350 jika mereka perlu kuarantin.
Pemandu Grab turut akan diberi akses kepada pelitup muka, pensanitasi tangan serta alat-alat pembersihan lain menerusi platform GrabBenefits.
Bagi peruncit yang menggunakan aplikasi Grab, beberapa perkhidmatan seperti Food Courts by GrabFood dan Pasar by GrabMart akan diteruskan supaya pengguna mempunyai akses kepada barang keperluan ketika tempoh ini.
“Dengan permintaan yang mungkin akan terkesan pada tempoh ini, kami akan terus menyokong peruncit yang baru berkembang menerusi Mart, termasuk kedai runcit dan farmasi dengan perkhidmatan penghantaran kami,” kata kenyataan itu.
Bagi pengguna pula, Grab menyarankan supaya penghantaran serta pembayaran dibuat tanpa bersemuka agar dapat mengurangkan risiko kontak rapat.
Topic Berkaitan
#grab
#Grabfood
#GrabCar
#grabmart
#e-hailing
#Grab driver
#MKN
#Majlis Keselamatan Negara
#SOP
#PKP
#PKP 2 0
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan