ALOR SETAR:Kekurangan pelanggan dan permintaan menyebabkan harga pasaran sayur-sayuran di negeri ini turun berbanding kenaikan yang dialami sebelum ini.
Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kedua (PKP 2.0) yang menyebabkan orang ramai terpaksa mengehadkan pergerakan mereka.
Hasil tinjauan di Pasar Besar Alor Setar hari ini mendapati, antara sayur yang mengalami penurunan harga adalah sawi iaitu RM4 untuk satu kilogram (kg) turun kepada RM3, tomato RM12/kg ke RM10 (ikut gred), cili merah RM12/kg ke RM10, timun RM3/kg ke RM2 dan kacang buncis RM20/kg ke RM10.
Peniaga sayur, Mawardi Tahar, 50 tahun, berkata, penurunan harga sayur ketara sejak 1 Feb lalu disebabkan tidak ramai pelanggan yang mengunjungi pasar dalam tempoh PKP 2.0.
"Kesan PKP ini memang banyak. Dari segi peniaga macam kami, kedai makan tak ambil barang. Jadi, kami terpaksa ambil barang secara kecil-kecilan, sedikit-sedikit sahaja.
"Sebelum PKP 2.0, memang banyak kita bekalkan barang ke kedai makan," katanya.
Ekoran kejatuhan harga itu, peniaga tidak berani membeli dalam kuantiti yang banyak dari pembekal kerana bimbang lambakan sayur akan menyebabkan ia mudah rosak.
Berikutan itu, ada di antara peniaga yang mengambil inisiatif menjual sayur secara penghantaran ke rumah, terutama bagi barangan yang hanya mampu bertahan tiga hari.
Bagaimanapun, suri rumah, Shabilah Abu Bakar, 63 tahun, lega dengan perkembangan ini kerana sebelum ini pengguna terbeban dengan kenaikan harga pelbagai jenis barang.
"Alhamdulillah, kalau harga turun, kita yang pendapatan kurang ini rasa syukur," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemeriksaan di setiap pasar awam untuk memastikan harga sayur stabil.
Beliau berkata, sebelum ini, lima jenis sayuran iaitu cili merah, tomato, timun, kacang buncis dan sawi mengalami kenaikan harga mendadak, tetapi ia turun sejak awal bulan ini.
"Contohnya, cili merah dan kacang buncis sebelum ini mencecah RM20/kg, sekarang turun hingga ke RM10 dan RM12.
"Begitu juga dengan tomato, sebelum ini RM10/kg, kini turun kepada RM4. Timun pun turun daripada RM3/kg kepada RM1. Dan sawi, RM9/kg turun kepada RM2.
"Ini antara barangan yang berlaku penurunan harga," katanya.
Mohd Shahran berkata, bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga, pihaknya menjalankan pemeriksaan setiap hari.
Sekiranya terdapat peniaga berbuat demikian, tindakan akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Mohd Shahran berkata, setiap kali menjelang musim perayaan, pihaknya akan melakukan pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan untuk memastikan senarai barangan yang dikawal dalam keadaan baik.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Feb 06 2021
Bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga, pihak penguatkuasaan KPDNHEP menjalankan pemeriksaan setiap hari. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.