KOTA BHARU:Kelantan mengehadkan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu tidak melebihi 12 orang bermula esok hingga 26 Jan ini bagi masjid di negeri itu, menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai langkah membendung penularan COVID-19 di negeri berkenaan.
Tengku Mohamad Rizam menjelaskan jemaah yang dibenarkan menunaikan ibadat itu terdiri daripada imam tua, imam muda, bilal, siak serta ahli jawatankuasa masjid.
"Bagi surau dan musalla pula bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi lima orang yang terdiri daripada imam, bilal dan tiga orang ahli jemaah sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata bagaimanapun, jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antaranya membuat saringan suhu badan kepada pegawai dan jawatankuasa yang hadir.
"Bagi mereka yang mempunyai bacaan suhu melebihi 37.4 celsius tidak dibenarkan memasuki masjid termasuk mereka yang bergejala seperti batuk, demam, selesema dan sakit tekak. Malah, ahli jawatankuasa yang berusia 70 tahun ke atas juga tidak dibenarkan masuk ke rumah ibadat itu," katanya.
Beliau turut berkata jemaah hendaklah memakai pelitup muka dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran masjid selain perlu mengamalkan penjarakan fizikal antara jemaah ketika menunaikan solat sekurang-kurangnya satu meter.
"Bagi memastikan kebersihan, penyediaan cecair pembasmi kuman perlu disediakan di pintu-pintu utama untuk kegunaan pegawai dan jawatankuasa ketika masuk dan keluar masjid dan mereka juga diingatkan supaya membawa sejadah serta mengambil wuduk dari rumah masing-masing sebelum ke masjid.
"Kesemua jemaah perlu segera meninggalkan ruang solat setelah selesai menunaikan solat dan khutbah dan solat Jumaat di semua masjid perlu diselesaikan dalam tempoh 20 minit setelah azan Jumaat," katanya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan berkuat kuasa esok hingga 26 Jan, susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 membabitkan kluster dalam komuniti di seluruh negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 15 2021

Tengku Mohamad Rizam menjelaskan jemaah yang dibenarkan menunaikan ibadat itu terdiri daripada imam tua, imam muda, bilal, siak serta ahli jawatankuasa masjid. - Gambar hiasan

KPT tubuh jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa
KPT menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial semasa dalam kalangan mereka.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura
Lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.

AWANI Ringkas: Pesakit COVID-19 boleh diarah pakai gelang pengesan

"Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keselamatan vaksin.

COVID-19: Denda RM10,000 langgar PKP keterlaluan dan kejam - Hannah Yeoh
Beliau menyifatkan hukuman yang diumumkan Menteri Kanak Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu sebagai kejam dan keterlaluan.

130 'frontliners' termasuk pengamal media terima vaksin di KK Kota Samarahan hari ini
Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan antara empat KK yang akan melakukan proses vaskinasi melibatkan 130 petugas barisan hadapan hari ini.

PKP 2.0: Kelantan hadkan 12 jemaah tunai solat Jumaat, fardu
Kelantan menghadkan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu tidak melebihi 12 orang bermula esok hingga 26 Jan.

Semua acara sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan dibatalkan
Pembatalan itu termasuklah Istiadat Meletak Kerja, Istiadat Pemeriksaan Perbarisan dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat, Surat Kepujian dan Pelantikan Jaksa Pendamai.

Raja-Raja Melayu zahir penghargaan Agong pilih adakan rundingan
Kenyataan itu dikeluarkan susulan Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang diadakan di Istana Negara pada Ahad.

Namanya seram ya ampun, namun rasanya lima bintang!
Lupakan namanya. Ingat rasanya. Lima nama kuih dari Kelantan ini amat seram dan menggerunkan, tetapi rasa kesemua kuih ini cukup memikat hati, cukup dari segi lemak, manis dan gebu apabila dimakan

Solat sunat Aidiladha dibenarkan di Kelantan
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, telah perkenan agar solat sunat Aidiladha boleh dilaksanakan.

Solat sunat Aidilfitri tidak dibenarkan di Kelantan
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan membenarkan kesemua masjid di negeri ini untuk mengadakan solat Jumaat secara berperingkat.

Waktu Subuh di Kelantan dilewatkan 4 minit - Mufti
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan perubahan itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Sultan Kelantan dukacita tidak dapat berbuka, solat tarawih bersama rakyat
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Shafriman Nik Hassan berkata, Sultan Muhammad V tidak dapat meneruskan tradisi untuk berbuka puasa dan menunaikan tarawih di masjid seperti sebelum ini.

Sidang DUN Kelantan hanya berlangsung 45 minit
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang diadakan hari ini hanya berlangsung selama 45 minit berikutan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Sultan Kelantan berkenan kembalikan Emolumen Diraja selama enam bulan
Baginda turut mengingatkan seluruh rakyat supaya bekerjasama membantu barisan hadapan negara dengan mematuhi PKP.