KUALA LUMPUR:Laluan pergi dan balik feri Langkawi ke Kuala Perlis dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berikutan larangan rentas negeri yang dikenakan kerajaan.
Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan dalam satu kenyataan semalam berkata, laluan Feri Langkawi ke Kuala Kedah pula dikurangkan kepada satu perjalanan, berbanding enam perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.
"Selain itu, laluan Feri Kuala Kedah ke Langkawi turut dikurangkan kepada satu perjalanan, berbanding tujuh perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.
"Laluan pergi dan balik Feri Lumut ke Pulau Pangkor pula dikurangkan kepada enam perjalanan berbanding 12 perjalanan sebelum pelaksanaan PKP," menurut kenyataan itu mengenai perubahan pengoperasian dan jadual feri setakat 15 Jan.
Kenyataan itu turut memaklumkan pengurangan perjalanan pergi dan balik feri laluan Feri Marina Island ke Pulau Pangkor kepada tujuh perjalanan berbanding 13 perjalanan sebelum PKP.
"Bagi perjalanan pergi dan balik Feri Labuan ke Menumbok, dikurangkan kepada enam perjalanan berbanding lapan perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.
"Laluan Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam dihentikan dalam tempoh PKP ini," kata kenyataan itu.
Pengguna dinasihatkan untuk melayari laman sesawang feri https://www.langkawiferryline.com/ bagi laluan pergi dan balik Kuala Kedah ke Langkawi.
Isnin lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri - Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah - untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan.
Enam lagi negeri - Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) manakala PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak, untuk tempoh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Pengguna dinasihatkan melayari laman sesawang bagi laluan pergi dan balik Kuala Kedah ke Langkawi. - Gambar fail / BERNAMA
![[TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat [TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893123/6918181161614656264278_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

AWANI Ringkas: Lebih 32,000 sudah divaksin di Malaysia | Musim panas, jerebu kembali?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

TMJ beri bayangan ambil alih Valencia
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mungkin melebarkan portfolionya dalam bola sepak bersama kelab Sepanyol, Valencia.

COVID-19: 2 rakyat Malaysia antara 12 kes import baharu di Singapura
Kedua-dua pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu adalah asimptomatik (tidak menunjukkan gejala).

Kes saman selesai, Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo
Membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jamal berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.

SPRM tahan pengurus ladang disyaki guna duit tabung pekerja
Suspek lelaki berusia 39 tahun berkenaan ditahan kira-kira jam 9 pagi di pejabat SPRM Sandakan.

Vaksin COVID-19 | China sasar vaksin 40% populasi menjelang Jun
Ekonomi kedua terbesar dunia...China sasar akan vaksin 40 peratus populasinya menjelang Jun. Menurut Ketua Kumpulan Pakar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, sehingga kini 52 juta dos Vaksin COVID-19 telah diberikan.

Boeing 737 Max | China masih belum luluskan penerbangan B737MAX8
China tidak benarkan penerbangan semula pesawat Boeing 737 Max selagi syarat ditetapkan tidak dipenuhi. Menurut Pentadbiran Penerbangan China, ia masih meneliti keselamatan pesawat berkenaan bersama Pentadbiran Penerbangan Amerika, FAA dan krew teknikal Boeing.

Sukan Bola Sepak | Tiada tempat mudah untuk pemain naturalisasi
Tiada istilah tempat mudah. Itu tegas jurulatih negara Tan Cheng Hoe merujuk kepada kelibat pemain naturalisasi ke 3 Guilherme De Paola yang akan berada dalam senarai kem latihan Mac ini.

Protes Myanmar | Bantah kekerasan dalam tunjuk perasaan - PBB
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB António Guterres mengutuk sekeras-sekerasnya kekerasan tentera Myanmar terhadap penunjuk perasaan anti-kudeta. Serentak itu, beliau turut mendesak masyarakat antarabangsa untuk menyatakan pendirian tegas ia mesti dihentikan.

Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.

Banjir: Lebih 59,000 mangsa dipindahkan susulan ribut Dujuan di Filipina
Menurut Lembaga Atmosfera, Geofizik dan Perkhidmatan Astronomi Filipina hujan lebat dijangka di Camarines Norte, Quezon dan Aurora pada Selasa.

SPPP pelawa pihak berkelayakan kemuka cadangan untuk pajakan feri
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang pelawa pihak berkelayakan mengemukakan cadangan masing-masing bagi tawaran pajakan feri ikonik Pulau Pinang untuk dijadikan muzium atau restoran terapung.

PKP 2.0: Laluan pergi dan balik feri Langkawi-Kuala Perlis dihentikan
Laluan Feri Langkawi ke Kuala Kedah pula dikurangkan kepada satu perjalanan, berbanding enam perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.

Penumpang feri tiada surat rentas sempadan tidak dibenarkan ke Langkawi
Penumpang yang ingin memasuki Pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah dan tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan menaiki feri.

MoT tidak batalkan projek infrastruktur kerajaan Pulau Pinang
MoT tidak membatalkan tiga projek prasarana yang mahu dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang seperti yang didakwa sesetengah pihak.

P. Pinang sedia ambil alih feri ikonik jika SPPP dan PPSB sudi 'hadiahkan' feri
Ketetapan itu diputuskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada Rabu lepas.

Dua anak mangsa tragedi Triso tabah kehilangan ibu, lima adik-beradik
Kedua adik-beradik tersebut kelihatan tenang, sehingga mampu memujuk ahli keluarga mereka yang lain.

Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.

Tragedi Feri Triso: PBB bantu keluarga mendiang Lorna Ting
Keluarga mendiang mangsa tragedi kereta terjunam ke sungai Batang Lupar dekat Sebuyau menerima bantuan kewangan daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB) bagi melaksanakan urusan pengebumian.