GEORGE TOWN:Lembaga Kemajuan Wilayah Utara (Perda) telah mewujudkan moratorium dan pengecualian kepada usahawan, penyewa gerai, premis, tanah dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Pengerusi Perda, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berkata, insentif sokongan itu berlangsung selama tiga bulan bermula Januari sehingga Mac 2021 yang keseluruhannya bernilai RM561,100.
Beliau berkata, langkah itu diambil bagi meringankan beban rakyat demi kelangsungan perniagaan dan kehidupan harian individu yang bernaung di bawah Perda.
"Antara insentif yang disediakan adalah penangguhan dan penjadualan semula bayaran balik skim pinjaman Perda. Insentif ini akan melibatkan seramai 98 orang peminjam dengan implikasi kewangan sebanyak RM130,000," menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Perda turut memberikan pengecualian bersasar bayaran sewaan premis perniagaan Perda melibatkan 368 premis dengan implikasi kewangan bernilai RM341,000 selain daripada pengecualian bayaran sewa tanah milik Perda melibatkan 54 penyewa tanah yang bernilai RM73,000.
Khaliq Mehtab berkata, 55 penyewa PPRT Tok Alang turut dikecualikan daripada membayar sewa rumah sepanjang tempoh moratorium yang keseluruhannya berjumlah RM17,100. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021
Insentif sokongan yang diwujudkan oleh Perda itu berlangsung selama tiga bulan bermula Januari sehingga Mac 2021 yang keseluruhannya bernilai RM561,100.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
PKP 2.0: Perda wujudkan moratorium
Lembaga Kemajuan Wilayah Utara telah mewujudkan moratorium dan pengecualian kepada usahawan, penyewa gerai, premis, tanah dan PPRT yang terkesan akibat PKP 2.0.