KUALA LUMPUR:Sekatan jalan raya (SJR) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara akan diadakan kembali, seperti yang pernah dilaksanakan pada 18 Mac tahun lepas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan SJR kali ini lebih tegas dengan pasukan PDRM akan menjadi barisan hadapan dengan dibantu pihak tentera bagi memastikan usaha mengekang pandemik COVID-19 berjaya.
“Sekatan jalan raya akan kembali seperti dulu dan kini di semua kawasan termasuk yang terletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Walaupun pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) mempunyai kuasa yang sama dengan pihak polis (untuk mengadakan sekatan jalan raya sekiranya perlu) di bawah ordinan darurat yang baharu, tetapi kita (ATM) telah bersetuju bahawa kita hanya akan membantu sahaja,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan pelaksanaan PKP hari ini.
SJR akan bermula ditingkatkan tengah malam ini.
Di SELANGOR, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara akan melakukan tiga SJR dan empat penutupan jalan bagi daerah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, tiga SJR adalah di Lebuhraya Selat Klang Utara di hadapan Pusat beli belah AEON Bukit Raja; Plaza Tol Bukit Raja (arah Klang ke Shah Alam) dan Batu 10 Jalan Kapar (dari arah Kuala Selangor ke Klang).
Di JOHOR, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, 51 SJR diadakan di seluruh negeri ini melibatkan penugasan seramai 1,040 pegawai dan anggota polis dan menurutnya penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) ketika PKP juga akan diperhebat lagi.
Di PERAK, Ketua Polis Negeri, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, 16 SJR akan didirikan di sempadan negeri bermula tengah malam ini dan 352 pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan di seluruh negeri bagi memastikan PKPB yang dilaksanakan di Perak dipatuhi.
Sementara itu, di PULAU PINANG, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, 39 SJR akan dijalankan membabitkan 1,142 anggota polis, tentera, Jabatan Sukarelawan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di negeri berkenaan.
"Selain menjalankan pemeriksaan di kawasan SJR turut dilaksanakan pemantauan di premis-premis termasuk kawasan tumpuan pelancong dan rekreasi," katanya.
Di TAWAU, polis melaksanakan sembilan sekatan jalan raya Op COVID-19 berikutan PKP di seluruh Sabah dan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas turut mengingatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah sekiranya tiada keperluan atau tanpa alasan yang dibenarkan.
Mulai tengah malam ini SJR akan dilakukan di Kilometer 50 Check Point; Jalan Tiku; Batu 2 1/2 Jalan Apas; Jalan Kuhara; Jalan Tawau Lama; Jalan Tanjung Batu; Jalan Utara; Simpang Jambatan Putih dan Road Chek Point (RCP) di Jalan Kalabakan.
Di TERENGGANU, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, lima SJR termasuk di bahagian sempadan akan dilakukan berikutan PKPB di negeri itu.
“Kita ada 544 pegawai dan anggota untuk menjalankan SJR dan rondaan di semua tempat termasuk kawasan kampung.
"Saya amat berharap semua pihak dapat memahami tujuan sekatan ini dan patuhilah SOP yang telah ditetapkan,” katanya dan menambah tiga lokasi SJR di Kemaman iaitu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Paya Berenjut dan Tol Cheneh manakala di Besut, melibatkan Pachakan dan Tok Saboh.
Di PAHANG, Ketua Polis negeri, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, jumlah anggota bagi penugasan SJR mencukupi meskipun kini ramai anggotanya yang berkhidmat di lapangan akibat banjir melanda sembilan daerah di negeri itu.
Beliau berkata, kawalan di sempadan negeri juga akan diperhebatkan selain lokasi SJR dijangka melibatkan lebih daripada 20 kawasan.
Di NEGERI SEMBILAN, 17 SJR di seluruh negeri itu akan dilaksanakan, antaranya di jalan Lubok China/Melaka, Sungai Lui/Pahang, Tampin/Melaka dan Port Dickson/Sepang serta di plaza tol susur keluar masuk dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di tol Pedas, tol Seremban/Labu, tol Nilai/Plus, tol Pajam/Mantin dan tol Setul/Lekas.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, untuk tujuan itu, seramai 150 pegawai dan anggota PDRM akan ditugaskan mengawal laluan keluar masuk ke negeri ini dengan dibantu seramai 140 anggota ATM serta 60 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal pula dalam satu kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya akan melaksanakan tujuh penutupan jalan di beberapa kawasan pentadbirannya sehingga PKP ditamatkan.
Lokasi terlibat ialah jalan 4/56 Gasing Indah, Petaling Jaya; Jalan Persiaran Mahogani, Kota Damansara; Jalan Persiaran Jati, Kota Damansara; dan Jalan Persiaran Sungai Buloh, Kota Damansara; Lampu Isyarat PJU 8/1 Damansara Perdana; susur keluar Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ke Mutiara Damansara/Damansara Perdana; dan laluan masuk tol Damansara ke Bayu Putri.
"Orang ramai dinasihatkan agar terus berada di rumah serta mematuhi PKP agar jaringan wabak COVID-19 dapat diputuskan,” katanya dalam kenyataan. - Bernama
Bernama
Tue Jan 12 2021

Pelaksanaan SJR kali ini lebih tegas dengan pasukan PDRM akan menjadi barisan hadapan dengan dibantu pihak tentera bagi memastikan usaha mengekang pandemik COVID-19 berjaya. - Gambar fail

AWANI Ringkas: PM setuju bentuk jawatankuasa penasihat Covid-19 | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

PKP 2.0: Lelaki rempuh sekatan jalan raya COVID-19 ditahan
Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927595441610929097903/1886027_27846248341610929256993_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Unjuran Pasaran | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka merosot minggu ini, didorong aktiviti pengambilan untung berikutan harga lebih tinggi. Interband Group of Companies berkata harga dijangka berada antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan pada minggu ini.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka uji paras psikologi 4.0
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika pada minggu ini. Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.02 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.02 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397 ribu kes.

PKP 2.0: Lebih ramai peniaga dijangka gulung tikar jika had operasi hingga 8 malam sahaja
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.

66 individu cuba rentas negeri, 11 premis hiburan dikompaun - Ismail Sabri
Seramai 66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia pada Sabtu.

Sindiket masih degil, 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
Seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu.

472 termasuk 32 individu cuba rentas negeri, daerah ditahan ingkar PKP
Seramai 32 daripada mereka yang dikompaun melakukan kesalahan cuba merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.

Institusi pendidikan di Kelantan, Sibu perlu ikut ketetapan operasi kawasan PKP - KPM
Semua institusi pendidikan di bawah KPM di Kelantan dan Sibu di Sarawak perlu mengikut ketetapan pengoperasian di kawasan PKP.

IPT, sekolah tidak boleh arah pelajar jalani ujian swab - Ismail Sabri
Ujian swab boleh diarahkan kepada mana-mana individu yang mempunyai gejala sahaja.

Kedai gunting rambut belum dibuka, pelajar boleh ke sekolah berambut panjang
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebarang arahan baharu akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas dua minggu.

PKP di Kelantan, Sibu: Ini perkara penting Mesyuarat Khas MKN hari ini
Ini perkara penting yang dinyatakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media beliau sebentar tadi.

PKP di seluruh Kelantan bermula esok hingga 26 Januari
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan bermula 16 Januari (esok) hingga 26 Januari ini.

Proklamasi Darurat: ATM diberi kuasa menangkap, hospital swasta enggan beri kerjasama boleh didenda
Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa itu tertakluk sepanjang tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa hingga Ogos depan.