NATIONAL
PKP 2.0: Tertekan dan sepi? Ini cara anda boleh ceriakan warga emas

Berdasarkan kajian, kesepian itu boleh berpunca daripada kurang interaksi dan kesepian itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan mental. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meninggalkan kesan mendalam ke atas semua pihak.
Tidak terkecuali ialah warga emas yang turut menerima kesan sama iaitu berpotensi mengalami tahap kesepian ketika pelaksanaan PKP 2.0.
Ini kerana, berdasarkan kajian, kesepian itu boleh berpunca daripada kurang interaksi dan kesepian itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan mental.
Lebih membimbangkan, kesepian yang tidak dirawat boleh merendahkan kualiti kesejahteraan hidup warga emas sehingga membawa kepada tindakan membunuh diri.
Berikut tujuh cara bagaimana anda boleh membantu mereka untuk mengelakkan berdepan tekanan ketika pelaksanaan PKP kedua.
1- Sedia atau teruskan aktiviti seharian seperti bersenam, ambil makanan seimbang dan tidur yang cukup.
2- Ubah kaedah perhubungan daripada bersemuka kepada dalam talian seperti panggilan video.
3- Aktiviti berkumpulan juga dapat dilakukan dengan membuat telekonferen dengan beberapa orang kawan atau kumpulan mereka.
4- Memperkenalkan saluran befrienders kepada warga emas yang mengalami kesepian, depresi atau mempunyai masalah dalam kesihatan mental.
5- Anak-anak yang tinggal berjauhan perlu main peranan dengan menghubungan ibu bapa secara dalam talian menerusi telefon mahupun panggilan video untuk mengurangkan perasaan sepi mereka.
6- Semasa PKP, anak-anak yang tinggal bersama warga emas harus menyediakan barang keperluan dan bekalan ubat mencukupi untuk warga emas.
7- Ahli keluarga yang tinggal bersama warga emas perlu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, menggunakan tisu apabila batuk dan bersin, memakai penutup muka dan hidung jika bergejala serta mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami