awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Tiada dwistandard, pejabat kementerian tidak boleh adakan mesyuarat bersemuka

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2021
12:55 MYT
PKP 2.0: Tiada dwistandard, pejabat kementerian tidak boleh adakan mesyuarat bersemuka
Ismail Sabri berkata, jika rakyat boleh mematuhi akan arahan yang dikeluarkan oleh MKN, maka kementerian juga harus menurut arahan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Tidak ada mana-mana pihak termasuk pejabat kementerian yang terkecuali daripada larangan mengadakan mesyuarat bersemuka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika rakyat boleh mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), maka pejabat kementerian juga harus menurut arahan tersebut.
"Antara larangan PKP, yang dikeluarkan adalah mesyuarat bersemuka tidak dibenarkan.
"Sedangkan sidang khas MKN pun dilakukan secara maya. Tidak ada sebab ada dalam kalangan (pegawai di pejabat) kementerian yang tidak patuh dengan arahan yang dikeluarkan.
"Kita tidak mahu ada double standard, kalau rakyat patuh, kementerian juga mesti patuh," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan tidak ada dwistandard dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan kedai bukan keperluan mendesak atau non-essential di pusat beli belah.
Katanya, MKN hanya membenarkan kedai keperluan asas dan rantaian sahaja dibuka ketika PKP.
"Sama ada kedai tepi jalan atau dalam pusat beli belah SOP adalah sama, tidak ada bezanya. Kita akan ambil tindakan jika didapati mereka berbuat demikian," jelasnya.
Topic Berkaitan
#dwistandard
#kementerian
#mesyuarat bersemuka
#COVID-19
#Pelaksanaan PKP
#ismail sabri yaakob
#MKN
#politik
#Secara Dalam Talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan