awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 3.0: 69 tapak pembinaan diarah tutup, gagal patuhi SOP - CIDB Malaysia

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
11/06/2021
03:56 MYT
PKP 3.0: 69 tapak pembinaan diarah tutup, gagal patuhi SOP - CIDB Malaysia
Sebanyak 1,088 tapak pembinaan diperiksa sepanjang 10 hari pelaksaan PKP dilaksanakan, 944 daripadanya tidak beroperasi.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 69 tapak pembinaan diarah tutup kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun lalu.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia dalam satu kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, sebanyak 1,088 tapak pembinaan diperiksa sepanjang 10 hari pelaksaan PKP dilaksanakan.
Menurutnya, 944 daripadanya tidak beroperasi manakala 75 tapak pembinaan didapati mematuhi SOP yang ditetapkan.
Menurut kenyataan itu lagi, penggiat industri pembinaan perlu mematuhi segala SOP PKP 3.0 atau berdepan penutupan tapak pembinaan jika didapati tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.
Mana-mana kontraktor yang pelanggar peruntukan Akta 520 dan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain termasuk Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990), boleh dibawa ke prosiding tindakan tatatertib kontraktor.
Sekiranya didapati bersalah mereka boleh dikenakan penggantungan dan/atau pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan/atau dikenakan penalti tidak melebihi RM500,000 dan/dikeluarkan mana-mana arahan yang wajar daripada CIDB.
Segala maklumat dan SOP terkini boleh dimuat turun daripada laman web www.cidb.gov.my
Sumber Facebook CIDBOfficial
Topic Berkaitan
#CIDB Malaysia
#pembinaan
#PKP
#tutup
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan