PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula esok adalah tidak seperti PKP 1.0 tahun lepas, kerana tidak mahu menyusahkan rakyat menjalani kehidupan harian, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kerajaan berpegang kepada pendirian untuk terus mengimbangi antara keperluan kesihatan dan keperluan kehidupan rakyat, selepas negara kehilangan RM2.4 bilion sehari semasa PKP 1.0 pada 18 Mac hingga 3 Mei 2020, yang menyaksikan penutupan semua sektor ekonomi.
"Bila kita umumkan PKP 3.0 semalam ada juga yang marah kenapa kita tidak buat seperti 1.0 (yang ketat), tapi bila kita buat PKP 1.0 orang ramai pun marah. Tentunya kita tidak boleh nak puaskan hati semua orang.
"Apabila kita tutup semua sektor ekonomi, paling terjejas adalah kumpulan peniaga kecil yang tidak mampu meneruskan hidup, kerana kita menutup peluang perniagaan mereka," katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia sekali lagi melaksanakan PKP di seluruh negara bermula Rabu hingga 7 Jun, sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Sepanjang tempoh PKP kali ini, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dan SOP terperinci bagi semua larangan serta arahan, akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Ismail Sabri menjelaskan, Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menetapkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) PKP, akan diguna pakai di seluruh negara termasuk di kawasan yang sedang dikenakan PKP Bersyarat (PKPB), PKP Diperketatkan (PKPD) dan PKP Pemulihan (PKPP) bagi mengelak sebarang kekeliruan.
Katanya maklumat lanjut mengenai SOP PKP, boleh diakses di laman sesawang setiap kementerian yang berkaitan serta laman sesawang MKN.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan melaksanakan PKPD di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Mukim Pelagat, Besut, Terengganu berkuatkuasa 14 hingga 27 Mei ini, susulan 52 kes positif COVID-19 dicatatkan di kawasan itu, daripada 86 ujian saringan yang dijalankan.
Katanya PKPD turut dilaksanakan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak serta di Kampung Baru Tras, Kampung Sungai (Sg) Cheetang dan Kampung Sang Lee, Tras, Raub, Pahang bermula 13 hingga 26 Mei ini.
Ia susulan peningkatan jangkitan kes di kawasan berkenaan yang mencatatkan masing-masing 91 dan 17 kes positif COVID-19, sekali gus bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malayasia (KKM) menjalankan pengesanan awal kes-kes COVID-19 dan kontak rapat.
Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, PKPD di lima penempatan sekitar Sungai Klau, Raub, Pahang yang dijadualkan tamat esok, akan disambung sehingga 26 Mei memandangkan KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan jangkitan di kawasan berkenaan.
Beliau turut mengumumkan PKPD di Kampung Baru, Sungai Chalit dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Sungai Chalit, Raub, Pahang ditamatkan esok seperti dijadualkan, manakala PKPD di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan ditamatkan hari ini, lebih awal daripada dijadualkan pada Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021
Ismail Sabri berkata, kerajaan berpegang kepada pendirian untuk terus mengimbangi antara keperluan kesihatan dan keperluan kehidupan rakyat. - Gambar fail
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.
Permohonan nikah di Siam meningkat dua kali ganda
Peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun.