awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Anggota Wataniah diatur gerak ke Sibu sudah jalani ujian saringan

Lynch Cowan
Lynch Cowan
04/02/2021
05:46 MYT
PKP: Anggota Wataniah diatur gerak ke Sibu sudah jalani ujian saringan
Azhar mengibarkan bendera pada majlis Flag-off Perbarisan Atur Gerak Op Penawar ke Sibu di Kuching pada Khamis. - Astro AWANI
KUCHING:Seramai 126 pegawai dan anggota sukarelawan wataniah yang diatur gerak bagi membantu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di Sibu telah menjalani ujian saringan COVID-19.
Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Azhar Ahmad berkata, pegawai dan anggota yang diatur gerak juga pernah melakukan Ops Penawar di sekitar Kuching.
Tegasnya, misi atur gerak pasukan dari Rejimen 511 askar wataniah dan pegawai itu bukan disebabkan kekurangan anggota di Briged Ke-9 Infantri di Sibu.
"Sebaliknya, langkah itu adalah untuk membantu memantapkan pasukan kerana kebanyakkan anggota dari Briged ke-9 Sibu sudah ditugaskan untuk menjaga sempadan Sarawak bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Mereka ini juga ditugaskan selama tiga bulan dan penugasan mereka ini telah kita laksanakan sebelum berlakunya peningkatan kes COVID-19 di Sibu,” katanya.
Azhar (tengah) pada Majlis Flag-off Perbarisan Atur Gerak Op Penawar ke Sibu pada Khamis.
Azhar (tengah) pada Majlis Flag-off Perbarisan Atur Gerak Op Penawar ke Sibu pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Flag-off Perbarisan Atur Gerak Op Penawar ke Sibu pada Khamis.
Kesemua 126 anggota Rejimen 511 Wataniah diatur gerak bagi misi penguatkuasaan tersebut dan mereka akan ditempatkan di lapan Sekatan Jalan Raya (SJR) yang telah dikenal pasti di daerah Sibu.
Topic Berkaitan
#Askar Wataniah
#atur gerak ke Sibu
#penguatkuasaan PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan