KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Tawau, Sabah
bermula 17 April sehingga 30 April 2021. 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, masih terdapat peningkatan kes aktif COVID-19 di daerah itu iaitu daripada 124 kepada 729 kes dalam tempoh 14 hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan banyak kes baharu dikesan dan 11 lokaliti di dalam daerah Tawau kini sedang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Selain itu, berikut PKPD yang ditamatkan melibatkan lima lokasi di Sabah dan Sarawak serta satu lokasi di Melaka:  

PKPD Kampung Baji, Sarikei, Sarawak
 
KKM telah melakukan 299 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 48 kes positif COVID-19 direkodkan.

KKM juga memaklumkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif sudah dirawat serta kontak rapat telah diasingkan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Baji, Sarikei, Sarawak
pada 16 April 2021 seperti yang dijadualkan.

PKPD Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan, Sabah

Sehingga kini, KKM telah melakukan 60 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak tiga kes positif COVID-19 direkodkan.

KKM juga memaklumkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif sudah dirawat serta kontak rapat telah diasingkan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan, Sabah pada 16 April 2021 seperti yang dijadualkan.

PKPD Sungai Rassau, Batang Igan, Daerah Matu, Bahagian Mukah, Sarawak

Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 380 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 16 kes positif COVID-19 direkodkan.

KKM juga mengesahkan baki kes aktif menunjukkan penurunan, kluster adalah terkawal serta kesemua kes positif telah menerima rawatan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Sungai Rassau, Batang Igan,
Daerah Matu, Bahagian Mukah, Sarawak pada 16 April 2021 seperti yang dijadualkan.

PKPD Kampung Binyu Lama, Bahagian Kuching, Sarawak

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 224 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 61 kes positif COVID-19 direkodkan.

KKM juga memaklumkan terdapat penurunan dengan kes terakhir telah direkodkan pada 11 April 2021 iaitu sebanyak sembilan kes manakala semua kes positif sudah dirawat serta kontak rapat telah diasingkan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Binyu Lama, Bahagian Kuching, Sarawak pada 15 April 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan.

PKPD Kampung Binyu Baru, Bahagian Samarahan, Sarawak

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 714 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 52 kes positif COVID-19 direkodkan.

KKM juga memaklumkan terdapat penurunan dengan kes terakhir telah direkodkan pada 6 April 2021 iaitu sebanyak empat kes manakala semua kes positif sudah dirawat dan kontak rapat telah diasingkan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Binyu Baru, Bahagian Samarahan, Sarawak pada 15 April 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan.

PKPD Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka
 
Setakat ini, KKM telah melaksanakan 1,710 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 191 kes positif COVID-19 direkodkan.

KKM mengesahkan masih berlaku penularan jangkitan serta menjangkakan akan berlaku pertambahan kes dari masa ke semasa kerana masih ada saringan yang akan dilakukan dalam kalangan kontak rapat.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula 17 April sehingga 30 April 2021.


BACA: PKP dilaksana di Sandakan, Sabah - Ismail Sabri