awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
Tiada arahan henti pembinaan menara telekomunikasi di Taman Jus Permai - Exco
Enam ikan paus mati terdampar di pantai terpencil New Zealand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP dilaksana di Sandakan, Sabah - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2021
10:27 MYT
PKP dilaksana di Sandakan, Sabah - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sandakan, Sabah berkuat kuasa 17 April sehingga 30 April 2021. Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sandakan, Sabah berkuat kuasa 17 April sehingga 30 April 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKP ini antara lain untuk memastikan kadar infeksi terkawal dan tidak menular dengan pantas ke kawasan lain dalam daerah mahupun ke daerah berlainan.
"Sehingga hari ini, sebanyak 46 kes baru telah direkodkan dan secara kumulatifnya sebanyak 6,806 keseluruhan kes dilaporkan di daerah itu.
"KKM mengesahkan sebanyak 78 kes juga direkodkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Mukim Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan berkuat kuasa 16 April sehingga 29 April 2021.
Sehingga semalam, KKM telah melakukan 113 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatifnya sebanyak 50 kes positif direkodkan.
"KKM juga mengesahkan penularan telah berlaku dalam kalangan penghuni sekolah tersebut dan kadar kebolehjangkitan ada tinggi di lokaliti itu," ujarnya.
Selain itu, PKPD turut dilaksanakan di PULAPOL Kuching dan Kuarters Kakitangan, Kuching bermula dari 16 April hingga 29 April 2021.
KKM telah melaksanakan 633 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 123 kes positif COVID-19 telah dilaporkan.
"KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelatih dan penghuni PULAPOL dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#KKM
#Pelaksanaan PKP
#perintah kawalan pergerakan
#kerajaan
#menteri
#PKPD
#PKP
#COVID-19
#PKP di Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan