“Harap semua rakyat Malaysia 'cuti' setiap hari dan bukan hari minggu sahaja.”
Demikian peringatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media pada Isnin berhubung peningkatan jumlah tangkapan individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.
Ismail berkata seramai 554 individu ditahan di sekatan jalan raya dan rondaan oleh pihak polis pada Ahad dan ia sekali gus menyumbang kepada peningkatan sebanyak 51 peratus.
Katanya, orang ramai tidak harus menganggap hari minggu sebagai hari cuti dan mengambil kesempatan untuk keluar tanpa alasan kukuh.
“Semalam hari Ahad dan mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar pada hari minggu.
“Saya berharap semua bercuti setiap hari dan bukan pada hari minggu sahaja.
“Tolong jangan ambil kesempatan untuk keluar beramai-ramai pada hari minggu,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Isnin.
Disebabkan terdapat ramai yang melanggar PKP, tindakan dan pemeriksaan yang lebih tegas dikenakan pihak polis.
Tindakan tegas polis juga didorong oleh peningkatan jumlah kes positif COVID-19 yang diumumkan Kementerian Kesihatan.
“Tindakan keras oleh polis telah bermula. Oleh itu, jangan langar perintah dan arahan di bawah PKP yang dikeluarkan.
“Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas kepada mereka yang masih tetap mengingkari arahan PKP,” tegas beliau.
Pada Ahad, beliau memaklumkan pihak polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sebanyak 743 Sekatan Jalan Raya di seluruh negara, dan melakukan pemeriksaan ke atas 293,051 kenderaan.
Sebanyak 25,818 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan 4,822 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.
Isabelle Leong
Mon Apr 06 2020
ISMAIL: Saya berharap semua bercuti setiap hari dan bukan pada hari minggu sahaja. - gambar fail
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Umat Islam di Thailand mula berpuasa esok
Umat Islam di Thailand akan mula berpuasa esok (Ahad, 3 April), menurut kenyataan pejabat Sheikhul Islam Thailand hari ini.
Gobok Makanan bantu masyarakat terputus bekalan makanan di Mersing
Ikatan Anak Mersing lancar Gobok Makanan untuk bantu ringankan beban masyarakat di Mersing.
PKP: Harap 'cuti' setiap hari, bukan hari minggu sahaja - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai tidak harus menganggap hari minggu sebagai hari cuti dan mengambil kesempatan untuk keluar mengambil angin.
Kanak-kanak lelaki retak tulang kaki dilanggar kereta ketika bermain
Akibat pelanggaran, mangsa mengalami kecederaan retak tulang kaki kiri dan telah dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.
'Dia orang yang baik, jangan buka aibnya, kasihan dia' - Awi Rafael
Penyanyi Awi Rafael memohon orang ramai agar orang ramai berhenti daripada terus menghukum dan menyalahkan bekas tunangnya, Atikah Suhaime yang menjadi punca pembatalan majlis perkahwinan mereka.
Indah bakal nikah 'jejaka misteri' Ahad ini
Dalam diam-diam bercinta bersama pasangan yang dirahsiakan, Indah akhirnya bakal menamatkan zaman solonya pada Ahad, 24 Disember ini.
Johor nafi cuti hujung minggu kembali kepada Sabtu dan Ahad
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perubahan cuti minggu itu tidak timbul sama sekali walaupun ia heboh diperkatakan oleh rakyat negeri ini serta di laman sosial.