KUANTAN:Mahkamah Tinggi di sini hari ini menaikkan denda RM100 kepada RM1,000 terhadap seorang remaja lelaki kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah untuk menghantar pulang mayat teman wanitanya selepas terlibat kemalangan jalan raya tahun lepas.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap denda RM100 yang dijatuhkan ke atas remaja berusia 17 tahun itu oleh Mahkamah Majistret Rompin pada 16 Julai 2020 selepas lelaki itu mengaku bersalah melanggar PKP dengan berada di luar rumah pada 3.15 pagi, 12 April tahun lepas.
Bagi kesalahan melanggar PKP denda maksimum adalah RM1,000.
Pada prosiding itu hanya pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut yang dibenarkan masuk ke dalam bilik bicara mahkamah.
Peguam Hazwan Hamdan yang mewakili remaja berkenaan memberitahu media bahawa Zainal Azman memutuskan terdapat keperluan untuk beliau meminda hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Rompin.
"Mahkamah berpandangan jumlah denda perlu dinaikkan kepada RM1,000 seperti di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 atau ia akan menjadi rujukan oleh pihak lain bagi mendapatkan denda lebih rendah pada masa akan datang," katanya.
Hazwan berkata hakim juga memerintahkan pelajar tingkatan lima itu selaku responden menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal menjelaskan denda tersebut. Difahamkan abangnya telah menjelaskan denda tersebut.
Zainal Azman bagaimanapun menolak rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret itu supaya remaja tersebut melaksanakan khidmat masyarakat selama 120 jam untuk tempoh 18 bulan, menghadiri bengkel interaktif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta membayar pampasan RM3,000 kepada keluarga teman wanitanya.
Beliau mengekalkan perintah mahkamah itu yang membuat keputusan terhadap remaja berkenaan selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan menunggang motosikal dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan di KM137 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, pada hari dan masa sama dia melanggar PKP.
Kemalangan di laluan ladang kelapa sawit yang melibatkan seekor kerbau itu menyebabkan teman wanitanya, juga berusia 17 tahun, maut akibat parah di kepala, dengan mayatnya ditinggalkan di garaj tempat letak kereta rumah keluarga remaja perempuan tersebut di Felda Keratong 10, Rompin.
Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani dalam hujahan bertulis berkata hukuman RM100 yang terlalu rendah dibimbangi akan menjadi tanda aras bahawa pelanggaran PKP tidak akan menerima hukuman berat dan setimpal sedangkan pelaksanaannya adalah bagi membendung penularan wabak COVID-19.
"Pengakuan salah dan faktor umur responden tidak sepatutnya menjadi faktor utama dalam menjatuhkan hukuman kerana semasa kejadian, responden mempunyai tahap pemikiran yang normal dan sempurna serta latar belakang pendidikan mencukupi untuk menilai sebab dan akibat perbuatannya," katanya.
BACA: Remaja 'hantar' pulang mayat kekasih direman empat hari
Peguam Ahmad Deniel Roslan yang juga mewakili remaja itu dalam hujahan bertulis berkata tiada keperluan untuk meminda hukuman Mahkamah Majistret kerana telah menepati prinsip keadilan dan memadai memandangkan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mengaku bersalah di peringkat awal.
"Apa yang lebih penting ialah responden dapat meneruskan sesi persekolahan dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Malah, responden dan keluarganya juga telah berjumpa dengan keluarga remaja wanita itu bagi memohon maaf terhadap kejadian tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Seorang remaja (kiri) tunduk ketika keluar Mahkamah Tinggi Kuantan selepas dikenakan denda RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah untuk menghantar pulang mayat teman wanitanya. - Foto BERNAMA

Geng Habib | Sindiket palsu keputusan ujian COVID-19 tumpas
Polis menangkap lima lelaki warga Pakistan yang terlibat dalam kegiatan menjual dan membeli surat ujian COVID-19 yang negatif.

ACL 2021 | JDT satu kumpulan dengan Jiangsu, Nagoya Grampus
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan berentap dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan.

Vaksin COVID-19 | Myanmar mulakan program vaksin petugas kesihatan
Petugas kesihatan Myanmar menjadi kumpulan pertama yang diberi vaksin COVID-19 di negara berkenaan. Ia genap lima hari selepas vaksin pertama itu diterima dari India.

PKP 2.0 | Tubuh badan khas yang lebih ketat
Beberapa sektor ekonomi perlu diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887479/8967789641611764359059_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari, dia sering datang ke pusat internet komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

10 Berita Pilihan - (27 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM | Astro Tutor TV saji program 30 hari menjelang SPM
Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, '30 Hari Menjelang SPM' di platform Astro Tutor TV.

Perkeso siasat kegiatan palsukan dokumen tuntutan faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kewujudan sebarang kegiatan pemalsuan dokumen rekod pesakit bagi tujuan tuntutan faedah. Ia susulan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan tuntutan faedah melibatkan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pulau Pinang pada 25 Januari lepas.

PM ucap selamat menyambut Thaipusam
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan Thaipusam kali ini terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

Keuntungan bersih DiGi susut kepada RM280 juta
Keuntungan bersih DiGi.com Bhd susut kepada RM280.17 juta dalam suku keempat berakhir 31 Dis 2020 berbanding RM342.92 juta pada 2019.

PKP 2.0: JKM Johor bantu hantar pulang keluarga terkandas
Mereka akan dihantar pulang ke kediaman mereka di Kuala Selangor, selewat-lewatnya esok.

PdPR: UMP cipta studio berinovasi mudahkan pembelajaran dalam talian
Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan satu studio berinovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian lebih menarik dan interaktif.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

PKP: 482 ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 444 individu dikompaun manakala 38 lagi direman.

PKP 2.0: Suami isteri PJJ dibenar rentas negeri bermula esok - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran dan kelulusan PDRM berdekatan sebelum melakukan perjalanan.

PdPR: Kerajaan Sabah pertimbang beri gajet kepada murid kurang mampu
Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk memberi peranti elektronik atau gajet kepada murid dari keluarga kurang berkemampuan di negeri itu.

Pasca banjir: Sabella sumbang 4,000 pakaian di Johor
Praperlepasan misi itu disempurnakan di Gudang Sabella, Batu Caves yang dijalankan dengan kerjasama DPMM, PPIM dan APM.

Isu 'overhang': Kediaman tidak terjual bernilai RM42.49 bilion, kekal jadi masalah negara - Rahim & Co
Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International, Sulaiman Saheh berkata Johor, Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kediaman tidak terjual tertinggi di negara ini.