Pelajar tingkatan lima yang menghantar dan meletakkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga perempuan itu di Felda Keratong 10, Rompin semalam, direman selama empat hari, mulai hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata remaja berusia 17 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 selain lesen boleh digantung dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tiga tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.
Selain itu, suspek yang beralamat di Felda Keratong 5 juga disiasat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.
"Bedah siasat di Hospital Muadzam Shah ke atas mayat mangsa berusia 17 tahun itu juga mengesahkan punca kematian adalah disebabkan cedera parah di kepala akibat kemalangan jalan raya.
"Mangsa dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari lokasi kejadian ke garaj tempat mayatnya ditinggalkan," katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan penemuan mayat seorang remaja perempuan di garaj kenderaan yang dipercayai ditinggalkan oleh teman lelakinya selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya, kira-kira 15 kilometer dari rumah mangsa.
BACA: Kerana takut, remaja bonceng mayat teman wanita pulang ke rumah, tinggalkan di garaj
Kemalangan berhampiran kilang sawit Felda Keratong 3 sekitar 3.30 pagi semalam dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggangi mereka untuk bersiar-siar terlanggar kerbau yang berada di tengah jalan.
Siasatan awal polis mendapati remaja lelaki itu berbuat demikian kerana panik selepas melihat mangsa tidak sedarkan diri akibat kemalangan itu, dan membuat keputusan tidak mengejutkan keluarga kekasihnya kerana bimbang akan dimarahi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020

Mangsa dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari lokasi kejadian ke garaj tempat mayatnya ditinggalkan. - Gambar fail/Astro AWANI

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

AWANI Ringkas: Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM | Tidak ada sebut tentang PKP penuh - EuroCham

Remaja 'hantar' pulang mayat kekasih direman empat hari
Remaja berusia 17 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.