Ketiadaan pelanggan termasuk pemborong datang ke rumah selain kekangan untuk keluar membuat pengedaran sendiri menyebabkan produk ikan kering dan ikan masin pengusaha di Kuala Sungai, Kuala Kedah, merudum menjelang Ramadan, tahun ini.
Keadaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini jelas berbeza bagi pengusaha di kawasan itu termasuk pasanganZainol Abidin Shuib, 63, dan Salasiah Bakar, 61, yang sudah 15 tahun mengusahakan perniagaan berkenaan.
Mereka berkata, setiap kali menjelang Ramadan, ikan kering dan ikan masin keluaran pengusaha kawasan itu menjadi buruan orang ramai sebagai juadah pembuka selera ketika bersahur, namun kini kurang mendapat sambutan
Zainol berkata, biasanya seminggu sebelum Ramadan ikan kering dan ikan masinnya telah habis dijual.
"Tapi tahun ini saya tak boleh buat apa. Tahun lepas jualan bagus, tahun ini susah sikit. Orang Kuala Lumpur (peniaga dan pemborong) pun tak boleh datang ambil bekalan disebabkan COVID-19 (PKP).
"Dulu saya pergi hantar ikan masin dan ikan kering ini ke banyak kedai di luar kawasan termasuk di Jitra, Kepala Batas dan Pendang, tapi tahun ini tak boleh bergerak bebas seperti dulu.
"Sekarang kami mengharapkan pelanggan yang datang beli di rumah selain jualan di pasar di kampung berhampiran saja. Memang jualan kurang baik seperti sebelum ini," katanya kepada Astro AWANI.
Salasiah pula berkata, bekalan ikan mentah dari nelayan tempatan juga kurang beberapa minggu ini, menyebabkan dia terpaksa mendapatkan ikan gelama daripada nelayan di Kuala Sanglang, dekat sini, untuk dijadikan ikan kering dan masin.
"Ikan pun susah nak dapat, kadang-kadang empat hingga lima hari baru ada... baru-baru ini tiada bekalan (di pangkalan nelayan) selama berapa hari... sekarang baru ada," katanya.
Setiap hari Zainol dan Salasiah menghasilkan lebih 50 kilogram ikan kering dan ikan masin dan dijual dengan harga RM25 sekilogram bagi gred A,gred B (RM20) dan gred C (RM15).
Adie Sufian Zulkefli
Thu Apr 23 2020

Salasiah dan Zainol berkata, biasanya seminggu sebelum Ramadan ikan kering dan ikan masin telah habis dijual, namun tahun ini permintaannya kurang. Gambar/ Astro AWANI.

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Perkeso tubuh badan bertindak khas siasat tuntutan berkaitan COVID-19
Perkeso menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah Skim Bencana Kerja Perkeso berkaitan COVID-19 bagi mempercepat urusan bayaran kepada mereka ya

Lelaki tahan sakit dua jam kemaluan tersangkut cincin
Mangsa berusia 38 tahun dan sudah berkahwin itu dikatakan panik selepas cincin itu tidak dapat dikeluarkan selepas disarung pada kemaluan.

9 rumah kedai di Alor Setar musnah terbakar
Sembilan peniaga di Jalan Tunku Abdul Halim, Kampung Baru, Alor Setar berputih mata apabila premis mereka musnah dalam kebakaran di hari terakhir 2020.

Tiga beranak mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak perempuan 12 tahun
Pelakuan ketiga-tiga tertuduh terbongkar selepas mangsa memaklumkan kepada ibunya bahawa mangsa dirogol pada awal Disember lalu.

Pemergian Wan Shamsuddin, hilangnya khazanah ensiklopedia sejarah Kedah
Kehilangan Allahyarham ini sangat besar bukan sahaja kepada persatuan tetapi seluruh Kedah kerana diibaratkan seperti khazanah ensiklopedia sejarah.

Datuk saudara bangga Jocelyn dilantik Datuk Bandar Eastvale California
Menurut Chong, beliau terkejut dan tidak menyangka sama sekali cucu saudaranya itu diamanahkan untuk memegang jawatan itu pada usia muda.

Pesawah maut disambar petir ketika menjala ikan
Seorang pesawah maut akibat disambar petir ketika sedang menjala ikan di kawasan sawah di Kampung Gulau, Alor Setar.

Pelajar Tingkatan 1 antara 11 individu ditahan langgar PKPB
Tiga pelajar sekolah menengah adalah antara 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berkumpul beramai-ramai.

COVID-19: Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu dikenakan PKPD
Ismail Sabri berkata, PKPD itu akan melibatkan seramai 1,820 orang tahanan dan 114 orang kakitangan pusat tahanan tersebut.

Pengawal keselamatan maut diseret treler
Ketika kejadian, saudara mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ternampak kemalangan itu berlaku.